Izreen Azminda - Google Blog Search |
<b>Izreen Azminda</b> 'tinggal' suami demi karier – Perak Today Posted: 16 Nov 2012 08:49 PM PST Sejak mendirikan rumah tangga Ogos lalu, pelakon, Izreen Azminda mengakui tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran lakonan. Menurutnya, kerana sibuk di lokasi, dia terpaksa mengorbankan masa dan 'meninggalkan' suaminya, Muhamad Riza bagi memenuhi tuntutan karier sebagai pelakon. "Saya akui agak sukar untuk meneruskan kerjaya lebih-lebih lagi setelah bergelar seorang isteri. "Bagaimana pun, saya gembira kerana suami sentiasa memberikan sokongan dan kini dia adalah pendorong utama bagi saya meneruskan minat ini. "Apa pun, saya sendiri perlu bijak membahagikan masa dan sedar bahawa tanggungjawab terhadap suami adalah lebih utama," katanya ketika dihubungi Zass. Jelasnya, sebagai isteri, dia juga lebih selesa berbincang dahulu bersama suaminya apabila menerima sesebuah skrip itu. "Saya sentiasa diingatkan supaya tahu batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja dan ketika bertugas. Jadi, adalah lebih baik saya memberitahu kepada dia apa yang perlu saya buat dan bagaimana watak yang akan dimainkan. "Lebih-lebih lagi jika sesuatu babak yang memerlukan babak sentuhan dengan pelakon lelaki," katanya tidak pernah berniat untuk berhenti berlakon dalam waktu terdekat. Mahu anak cepat Diusik mengenai cahaya mata pula, Izreen memberitahu, sebagai seorang wanita sudah menjadi impian mereka untuk memiliki anak setelah mendirikan rumah tangga. "Sebenarnya baik saya mahu pun suami tidak pernah merancang mengenai perkara ini. Lagi pun bulan ini cukup tiga bulan kami berkahwin, dan saya rasa ia masih awal. "Jika ada rezeki kami tidak menolaknya, kerana secara zahirnya, saya kelihatan kasar namun saya sebenarnya seorang yang sangat menyukai kanak-kanak. "Jadi jika diberikan peluang menimang cahaya mata secepat mungkin, sudah tentu saya bersyukur tidak terhingga," katanya. Dalam pada itu, Izreen sempat berkongsi respons daripada peminatnya ekoran watak Sofea yang dilakonkannya menerusi drama bersiri Julia. "Alhamdulillah, mereka memberikan tindak balas yang baik. Meski pun Sofea bukan seorang yang baik, namun mereka suka kerana saya berjaya membawa watak itu. "Memang adakala saya terbawa-bawa watak tersebut sehingga ke rumah, tetapi saya cuba atasinya. Lagi pun ia sekadar watak sahaja," katanya sinonim melakonkan watak antagonis. - SINAR HARIAN |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan