Nuffnang

Khamis, 19 September 2013

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Ibu Saran <b>Fizz Fairuz</b> Balik Semula Pada Almy Nadia - MyNewsHub

Posted: 24 Jul 2013 12:02 PM PDT


 Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia. Kredit foto Faisol Mustafa.Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia.

Pelakon Fizz Fairuz sebelum ni pernah memberitahu ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Bertemu Fizz di rakaman Melodi Raya di PWTC, malam kelmarin, aktor itu memberitahu sejak kebelakangan ini ibunya pula menyarankan agar dia cepat-cepat berkahwin. Malah kata Fizz ibunya juga pernah mahu memperkenalkan dia dengan beberapa wanita untuk dijadikan calon isteri. Selain, menyebut-nyebut supaya dia kembali semula kepada kekasihnya Almy Nadia.

"Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor.

"Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy", kata Fizz Fairuz.

Pun begitu, insiden putus tunang dengan Azlyn sehingga mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu benar-benar memberi pengajaran buat pelakon Nur Kasih ini. Tidak mahu pisang berbuah empat kali (bak kata Fizz sendiri), menjadikan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup.

Pada masa sama Fizz mendedahkan sejak bergelar solo, dia sering di dekati ramai wanita. Ada di antaranya dari golongan berada juga golongan kerabat diraja.

"Ada juga yang mendekati saya. Datang pada saya dengan kereta BMW. Ada juga golongan kerabat yang nak serius dengan saya.

"Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya tak mahu pisang berbuah empat kali. Kalau dua kali tu, boleh tahan lagi. Jadi saya tak terlalu rapat dengan mereka dan hanya anggap mereka sebagai kawan biasa" katanya yang turut mengakui dirinya seorang yang mudah cepat mesra dengan sesiapa saja.

Sementara ditanya hubungannya bersama Almy Nadia juga cadangan ibunya, ini jawab Fizz,

"Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang – hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi.

"Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis shooting dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod", ujarnya.

Bercerita mengenai persiapan raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Lebih menyeronokkan raya tahun ni Fizz sekeluarga beraya di rumah baru.

"Saya baru renovate rumah mak saya di Raub, Pahang. InsyaAllah memang tipa-tiap tahun saya buat rumah terbuka. Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ni dan kembali semula ke KL pada 15 Ogos", katanya yang bakal muncul menerusi telemovie raya berjudul Sampai Air Mata Darah. – Malaysian Digest

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Julfekar Minta <b>Farawahida</b> Tidak Burukkan Namanya – Perak Today

Posted: 12 Sep 2013 06:00 PM PDT

wahida

Komposer Julfekar Ahmad Shah meminta penyanyi Farawahida agar tidak memburukkan namanya memandangkan kedua-dua mereka tidak lagi bekerjasama dalam industri muzik tempatan.

Julfekar, 49, yang merupakan bekas majikan wanita itu berkata, dia pelik apabila Farawahida menuduhnya melemparkan kata-kata kurang manis menerusi status di Facebook sedangkan ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun.

"Selama ini setiap kenyataan saya di media mahupun status Facebook yang dimuat naik tidak pernah menyebut namanya mahupun individu lain.

"Ikut suka sayalah nak tulis apa sekalipun! Kenapa dia nak terasa? Sekarang ini saya tak cakap apa-apa pun berkaitan dengannya. Dia saja yang selalu menyebut nama saya di media," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Status Julfekar di Facebook yang menjadi kontroversi itu antara lain meminta seseorang agar tidak berlagak baik selain tidak bersikap hipokrit.

Rabu lalu sebuah akhbar melaporkan Farawahida reda dengan tohmahan yang dibuat oleh komposer terbabit dan berharap nama mereka tidak dikaitkan lagi memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Julfekar turut berasa pelik apabila Farawahida membuat kenyataan dia telah memaafkan perbuatannya itu.

"Siapa yang minta maaf kepada siapa sebenarnya? Sebelum ini, saya telah menarik kes saman saya terhadapnya selepas dia telah meminta maaf kepada saya di depan hakim.

"Dan sekarang ini dia bangkitkan cerita lama kononnya dia sudah maafkan saya. Jangan sampai saya mengambil tindakan sekali lagi terhadapnya," tegas Julfekar.

Hubungan kedua-dua pasangan itu menjadi keruh apabila Julfekar mendakwa Farawahida telah melanggar kontrak dengan syarikatnya, Millenium Art Sdn Bhd (MASB).

Kemelut yang melanda mereka berterusan apabila Farawahida membuat laporan polis atas dakwaan komposer itu mengugut mahu menyebarkan video serta gambar lucahnya.

Julfekar turut memfailkan saman ganti rugi sebanyak RM436,700 terhadap Farawahida pada 27 Ogos lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam namun Julfekar telah menarik balik kes itu.

- mStar

Yuna - Google Blog Search

Yuna - Google Blog Search


The Troll Dens: Daily Cosplay (<b>yuna</b>)

Posted: 18 Sep 2013 03:45 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]2013 (1260). ▽ September (87). Daily Cosplay (yuna) · Life on Earth · Form the Heavens · Happy, Snappy & Clean · Movie Trailer ~ Last Days on Mars · Vintage Pulp in the Digital Age · Daily Cosplay · Self-Healing Polymer ...

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Ibnu Hasyim: Pelakon <b>Didie Alias</b>, Semoga Kesedaran Bertambah <b>...</b>

Posted: 20 Aug 2013 02:00 AM PDT


HALAMAN HIBURAN

 PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.
"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.


Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.

Sementara itu, Didie baharu saja menyambut hari kelahirannya pada Sabtu lalu dan pada hari sama dia telah memenangi Artis Lawak Wanita Paling popular Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Didie juga menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya yang paling bermakna dan berazam untuk menjadi pelakon dan pelawak yang lebih baik pada masa akan datang.

"Sudah lama saya dalam industri seni tempatan dan macam-macam penambahbaikan kualiti kerja saya buat peminat-peminat yang sering menyokong saya.
"Bukannya mudah nak jadi pelawak wanita kerana kami perlu menjaga batas-batas terutamanya daripada segi pertuturan kata. Sebab itulah negara kita kekurangan pelawak wanita sebab ianya bukan mudah," ujarnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Semoga kita semua dianugerahkan Allah SWT dengan kesedaran yang bertambah-tambah lagi.. Insya Allah, Al-hamdulillah!

Erry Putra - Google Blog Search

Erry Putra - Google Blog Search


Tiga Wanita Senarai Calon Isteri <b>Erry Putra</b> - MyNewsHub

Posted: 09 Aug 2013 11:15 PM PDT


PELAKON Erry Putra mempunyai tiga wanita sebagai calon pilihan sebelum bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Erry atau nama sebenarnya Mohd Razlan Hamzah @ Ahmad, 35, bagaimanapun berkata, dia masih lagi mencari keserasian terhadap wanita-wanita itu sebelum memilih seorang daripada mereka bagi menjadi calon isteri.

"Bunyi seperti 'playboy' bukan? Tetapi jangan salah faham, saya hanya berkawan dan mengenali mereka dengan lebih dekat, nak lihat sejauh mana keserasian kami. Dan kemudian barulah saya pilih mana satu yang sesuai.

"Tetapi saya tidak meletakkan harapan seolah-olah mahu bercinta atau berkahwin dengan mereka. Sekiranya mereka ada pilihan lain, saya tidak mempunyai masalah,' katanya kepada mStar Online.

Tambah Erry, sudah lama dia berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun sehingga kini dia masih lagi tiada seorang calon.

Dan dengan cara ini, Erry mungkin dapat menunaikan hasratnya berkahwin pada tahun depan yang sudah lima tahun tertangguh.

"Kalau nak tahu, saya sudah bersedia untuk kahwin sejak lima tahun dahulu. Dan setiap tahun saya memberi harapan pada diri bahawa tahun yang seterusnya pasti akan saya temui calon yang sesuai. Dan ia berlarutan sehinggalah sekarang.

"Moga perancangan berkahwin pada tahun depan betul-betul menjadi Insya-Allah," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Erry beritahu, selain sibuk di set penggambaran dia juga aktif dalam mencipta lagu di studio dan selepas Aidilfitri nanti, dia bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaharu berjudul Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

"Sehingga kini saya sudah pun menyiapkan sebanyak lima buah lagu iaitu Tidak-Tidak, Berubah, Jangan Kau Pergi, Hanya Aku serta serta Tapi Aku Suka Walau Lebih Tua.

"Kesemua single ini akan dikeluarkan secara berperingkat," ujarnya. – mStar

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Gambar Anak Teruna <b>Fauzi Nawawi</b> - MyNewsHub

Posted: 28 Mar 2013 06:46 PM PDT


Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pelakon Fauzi Nawawi sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai empat orang anak bersama dengan bekas isterinya itu.

Anak-anaknya itu bernama Hainal Fatiha, 17, Fariz Hazwan, 16, Hana Farisha, 14, dan Fikri Hakimi, 11 tahun.

Kini, dia bahagia dengan rumahtangga keduanya yang dibina bersama pelakon Lisdawati dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan yang comel bernama Nur Aina Farhana, 4, dan Nur Aina Fazneesya, 3 tahun.

Anak terunanya itu saling tak tumpah macam ayahnya kan!

Semoga dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua-dua orang tuanya di kemudian hari. InsyaAllah.

Oleh: AUDREY LEE

Foto: Instagram Lisdawati

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Along Eyzendy - Google Blog Search

Along Eyzendy - Google Blog Search


Review Lagenda Budak Hostel | Sinopsis &amp; Trailer - YaNa YassiN

Posted:

Lagenda Budak Hostel (LBH) mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama ...