Fizz Fairuz - Google Blog Search |
Ibu Saran <b>Fizz Fairuz</b> Balik Semula Pada Almy Nadia - MyNewsHub Posted: 24 Jul 2013 12:02 PM PDT Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia. Kredit foto Faisol Mustafa.Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia. Pelakon Fizz Fairuz sebelum ni pernah memberitahu ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan. Bertemu Fizz di rakaman Melodi Raya di PWTC, malam kelmarin, aktor itu memberitahu sejak kebelakangan ini ibunya pula menyarankan agar dia cepat-cepat berkahwin. Malah kata Fizz ibunya juga pernah mahu memperkenalkan dia dengan beberapa wanita untuk dijadikan calon isteri. Selain, menyebut-nyebut supaya dia kembali semula kepada kekasihnya Almy Nadia. "Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor. "Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy", kata Fizz Fairuz. Pun begitu, insiden putus tunang dengan Azlyn sehingga mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu benar-benar memberi pengajaran buat pelakon Nur Kasih ini. Tidak mahu pisang berbuah empat kali (bak kata Fizz sendiri), menjadikan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup. Pada masa sama Fizz mendedahkan sejak bergelar solo, dia sering di dekati ramai wanita. Ada di antaranya dari golongan berada juga golongan kerabat diraja. "Ada juga yang mendekati saya. Datang pada saya dengan kereta BMW. Ada juga golongan kerabat yang nak serius dengan saya. "Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya tak mahu pisang berbuah empat kali. Kalau dua kali tu, boleh tahan lagi. Jadi saya tak terlalu rapat dengan mereka dan hanya anggap mereka sebagai kawan biasa" katanya yang turut mengakui dirinya seorang yang mudah cepat mesra dengan sesiapa saja. Sementara ditanya hubungannya bersama Almy Nadia juga cadangan ibunya, ini jawab Fizz, "Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang – hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi. "Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis shooting dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod", ujarnya. Bercerita mengenai persiapan raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Lebih menyeronokkan raya tahun ni Fizz sekeluarga beraya di rumah baru. "Saya baru renovate rumah mak saya di Raub, Pahang. InsyaAllah memang tipa-tiap tahun saya buat rumah terbuka. Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ni dan kembali semula ke KL pada 15 Ogos", katanya yang bakal muncul menerusi telemovie raya berjudul Sampai Air Mata Darah. – Malaysian Digest PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan