Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mengambil langkah melupakan kisah cinta silam dengan menanam dua bentuk cincin yang pernah menjadi tanda ikatan cintanya dengan bekas kekasih.
Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 22, berkata, dia menanam cincin tersebut sebagai menghormati zaman percintaannya dengan bekas kekasih (yang enggan didedahkan namanya) dan ia juga sebagai cara bagi melupakan kenangan-kenangan manis bersama.
"Saya seorang yang sangat menghargai setiap perhubungan yang dijalinkan dan tidak akan buang cincin dalam tong sampah seolah-olah hubungan itu langsung tidak bernilai.
"Jadi saya ambil pendekatan menanam kedua-dua cincin tersebut bersama-sama dengan memori lama untuk memulakan hidup baru.
"Sedikit sebanyak dengan cara ini ia dapat melegakan hati ini. Saya sifatkan kegagalan cinta lalu sebagai proses pelajaran untuk menjadi lelaki lebih sempurna," katanya yang dihubungi mStar Online petang Ahad.
Tambah Aliff, dia berharap foto yang dimuatkannya itu tidak memberi gambaran negatif kepada mana-mana pihak yang merasakan dirinya sengaja ingin mencari publisiti murahan, sebaliknya laman sosial itu merupakan tempat dia meluahkan perasaan hati, untuk berkongsi bersama peminat-peminat.
Sementara itu, menerusi ruangan pojok yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad, Aliff dikatakan sekali lagi mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran sehingga membuatkan produser menangis gara-gara kelakuan Aliff yang tidak menepati masa.
Sehinggakan salah seorang kru produksi terpaksa mengetuk bilik Aliff berjam-jam dan hal itu membuatkan pelakon lain turut bengang dengan sikap Alif.
Bagaimanapun, Aliff menyifatkan khabar angin yang mengatakan dirinya tidak berdisiplin sehingga membuatkan produser menangis adalah tidak masuk akal.
"Saya mengaku pada kejadian itu, saya tidur berjam-jam kerana tidak sihat dan telah pun mendapat sijil sakit (MC) daripada doktor untuk berehat secukupnya.
"Tetapi saya tidak sangka, apabila kru produksi sanggup masuk ke rumah saya dan cuba mahu membuka pintu bilik saya menggunakan kad, seperti pencuri pula dibuatnya.
"Lebih pelik lagi, apabila pengurus saya menunjukkan surat MC, kru itu berkata, tiada istilah MC dalam bidang lakonan ini. Apakah maksudnya itu? Dan kenapa mahu menyebarkan cerita yang berlebih-lebihan kononnya sikap saya membuatkan produser menangis? Rasa macam tidak masuk akal," tegasnya.
Aliff berkata lagi, dia pelik apabila dirinya sering menjadi sasaran kontroversi yang melibatkan kelakuannya itu sedangkan dia cukup berjaga-jaga dan profesional dalam bekerja.
SEAWAL usia enam tahun, Shafimie Saedon atau Fimie memulakan kembara sebagai anak seni. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, Fimie menunjukkan keupayaan membawa pelbagai watak.
Menerusi siri Hikayat Putera Shazlan, namanya mula menjadi sebutan. Dia antara pelakon kanak-kanak yang mencuri perhatian pengarah mahupun produser. Malah, lakonannya turut disukai golongan dewasa.
Selepas persembahan berkesan yang meninggalkan impak kepada penonton, Fimie sekali lagi membuktikan kemampuannya menerusi filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) dan 8 Jam dengan membawa karakter zaman kanak-kanak watak utama lakonan Shaheizy Sam.
Penyokong yang baru saja mengenali Fimie selepas menonton filem berkenaan kagum dengan kebijaksanaannya mengolah karakter dihidupkan. Begitu juga mereka yang mengikuti perkembangan Fimie sejak awal pembabitannya.
Ramai mengandaikan satu hari nanti Fimie akan berjaya seperti Sam.
Malah, ada yang berkata apabila Sam bersara dari pentas lakonan, Fimie adalah pelapis yang akan menggantikan tempatnya.
Pelajar tingkatan empat ini bagaimanapun menolak andaian itu. Matang mengatur bicara, Fimie berterima kasih kepada pihak yang menyamakan dirinya dengan Sam.
"Kalau orang cakap saya boleh gantikan Sam, terima kasih. Semua orang tahu lakonan hebat Sam, memang tidak boleh dipertikai lagi. Namun, saya berlakon bukan untuk menggantikan sesiapa.
"Walaupun dia bersara, tidak ada sesiapa pun yang dapat menggantikannya. Hanya ada satu Sam," kata Fimie.
Anak bongsu daripada tiga beradik ini bersyukur kerana sepanjang pembabitan dalam arena seni, hampir semua watak pernah dibawa, termasuk cacat, psiko, jahat dan lelaki lembut.
Masih dalam proses belajar, Fimir tidak menolak jika ditawarkan watak sama.
Ini kerana dia memerlukan pengalaman bagi merealisasikan impian bergelar pengarah filem satu hari nanti.
"Saya ceburi bidang ini atas dasar minat, bukan kerana pulangan lumayan. Disebabkan itu saya tidak kesah jika dapat watak sama.
"Bagi saya, setiap kerja memberi pengalaman berbeza. Lakonan adalah jiwa saya. Puas rasanya apabila berjaya bawa watak diberi," katanya.
Selebriti remaja lain mungkin meletakkan kerjaya seni sebagai hobi atau pekerjaan sampingan, tetapi tidak bagi Fimie.
Selagi diperlukan, Fimie akan terus berlakon, malah dia berhasrat menubuhkan syarikat produksi dan studio rakaman pada masa depan.
Dengan cara itu, dia masih boleh menyumbang di belakang tabir andai tidak lagi beraksi di depan kamera.
Bakatnya tidak hanya terbatas sebagai pelakon, malah Fimie juga mempunyai suara merdu dan petah bercakap.
Tidak hairan jika lagu Untuk Mama & Papa tersenarai dalam pencalonan awal Muzik Muzik ke-25.
Dalam bidang pengacaraan, Fimie satu-satunya kanak-kanak diberi kepercayaan oleh TV9 untuk menjadi seorang daripada hos program Nasi Lemak Kopi O.
"Walaupun berlakon jadi keutamaan, saya ingin mencipta nama sebagai pengacara dan penyanyi. Seni itu luas, tidak ada salahnya kita cuba.
"Dari situ kita dapat tahu sejauh mana kemampuan kita," katanya yang akan memperlahankan aktiviti seni tahun depan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - Harian Metro
SEAWAL usia enam tahun, Shafimie Saedon atau Fimie memulakan kembara sebagai anak seni. Walaupun ketika itu masih kanak-kanak, Fimie menunjukkan keupayaan membawa pelbagai watak.
Menerusi siri Hikayat Putera Shazlan, namanya mula menjadi sebutan. Dia antara pelakon kanak-kanak yang mencuri perhatian pengarah mahupun produser. Malah, lakonannya turut disukai golongan dewasa.
Selepas persembahan...

"Dari situ kita dapat tahu sejauh mana kemampuan kita," katanya yang akan memperlahankan aktiviti seni tahun depan bagi memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). -<strong> Harian Metro</strong>
AuthorMNHsocialmynewshub@yahoo.comEditorMyNewsHub
Terkejut beruk dibuatnya membaca perkembangan terbaru yang melanda rumahtangga wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra iaitu Nooraida dan suaminya, Amiruddin Othan. Menerusi Harian Metro sebentar tadi, Amiruddin mengakui telah menceraikan Nooraida dengan talak satu 2 hari yang lalu di kediaman mereka di Johor Bahru kira-kira jam 4.30 hingga 5 pagi.
Lafaz cerai dilakukan selepas perbincangan dari hati ke hati oleh kedua-dua belah pihak. Kata Amiruddin:-
Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah. Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida. Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh
Nampaknya memang jodoh Nooraida dan Amiruddin setakat sampai di sini sahaja. Sesungguhnya apa yang melanda rumahtangga mereka memang satu dugaan yang hebat. Mungkin ini adalah keputusan yang terbaik buat mereka berdua. Semoga selepas ini akan ada kebahagiaan buat Nooraida dan Amiruddin. Untuk makluman, mereka berdua mempunyai seorang anak perempuan berusia 8 tahun hasil perkahwinan.
Sudahlah dingin daku sendiri Ku panggil kau tak menyahut
Akan menjerit tak sanggup lagi Aku pun menangis lagi
Hujan membuka cerita lama Dulu sepayung kita berdua Bermesraan di tengah hujan
Hujannya kini daku sendiri
Rindu makin menyengat Bantal dan guling makin ku dekap Dan ku peluk erat
liriklagukenangan.blogspot.com
Petir seakan merenggutkan putusnya tali ikatan Oo kasih kini telah berpaling oleh yang lain Bukan dengan ku kawan bersanding Kan ku gapai lagi tak mungkin
Hujan seakan di curahkan, dingin dan gelap mencekam Oo malang sudahlah dingin tiada berteman Hati sepi ku bawa mendekam Matapun tak mau memejam
Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian
Terbayang jauh kau disana berdekapan dengan si dia Semakin dingin semakin mesra Sedangkan daku kini sendiri membeku rindu di hati Rindu nan tiada pula bertepi Hujan tak jua berhenti, dingin dingin dingin dingin..
Petir seakan merenggutkan putusnya tali ikatan Oo kasih kini telah berpaling oleh yang lain Bukan dengan ku kawan bersanding Kan ku gapai lagi tak mungkin
Hujan seakan di curahkan, dingin dan gelap mencekam Malang sudahlah dingin tiada berteman Hati sepi ku bawa mendekam Matapun tak mau memejam
Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian
Petir seakan merenggutkan putusnya tali ikatan Oo kasih kini telah berpaling oleh yang lain Bukan dengan ku kawan bersanding Kan ku gapai lagi tak mungkin
Hujan seakan di curahkan, dingin dan gelap mencekam Malang sudahlah dingin tiada berteman Hati sepi ku bawa mendekam Matapun tak mau memejam
Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian Oho mendesis angin dan hujan Aha menangis ku kesepian
PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein, akui agak teruja kerana diberi kepercayaan pihak produksi untuk menjayakan filem 'Hanya Dikau' arahan Amie Maziah bersempena Anugerah Tribute P Ramlee.
"P Ramlee bukanlah nama asing dalam industri ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun karya-karyanya masih lagi melekat di hati masyarakat sehingga ke hari ini.
"Bagi saya terlibat dalam lakonan ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya. Walaupun diberi nafas baru, namun telefilem ini sedikit sebanyak sudah cukup untuk menguatkan karya-karya P Ramlee," katanya yang turut tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada anugerah tersebut yang berlangsung 7 Jun ini.
Dalam perkembangan lain, Elly akan berangkat ke Amsterdam bagi menjalani penggambaran drama bersiri Mencari Cinta.