Aaron Aziz - Google Blog Search |
Impak Lakonan <b>Aaron Aziz</b>, “Ombak Rindu” Mampu Cecah <b>...</b> Posted: 15 Dec 2011 04:30 PM PST Setelah filem adaptasi novel karya Fauziah Ashari ini ditayangkan di pawagam, selama 2 minggu inilah muncul pelbagai kontroversi seperti isu penggunaan ayat "Alhamdulillah" oleh Maya Karin dan juga isu pembahagian royalti dan keuntungan yang dikaut. Namun disebalik kontroversi yang melanda, filem arahan pengarah berbakat, Osman Ali ini telah berjaya mengaut hampir RM10 Juta dan kini, pihak pawagam seluruh Malaysia telah menambah tempoh tayangan untuk seminggu lagi disebabkan sambutan yang menghangatkan dari peminat. OHBULAN! sendiri masih belum berkesempatan menonton filem yang bakal mencipta satu lagi sejarah perfileman Malaysia dimana ia mungkin mencantas keuntungan yang dikaut oleh filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof sebelum ini. Apa perbezaan diantara dua filem ini? Satu filem cinta dan satu lagi filem gangster. Tapi ada satu persamaan antara dua filem ini yang mungkin ramai sudah tahu. Ya, ada abang kacak bergaya, Aaron Aziz. Tidak asing lagi dalam dunia perfileman Malaysia, pelakon berwarganegara Singapura ini benar-benar menggugat keimanan makcik-makcik dan wanita-wanita diluar sana. Ini mungkin disebabkan pengaruh watak yang dibawakan oleh Aaron Aziz seperti dalam drama Nora Elena, Stanza Cinta dan juga filem box-office, KL Gangster. Dapat kita lihat lakonan Aaron telah memberikan satu label dimana para penonton melihat lelaki yang mempunyai perwatakan yang macho dan sedikit jahat tetapi mempunyai hati yang baik mampu memberikan impak yang besar dalam sebuah filem. Penonton turut menyatakan kekaguman mereka terhadap watak Seth Tan dan Hariz yang kedua-duanya dilakonkan oleh Aaron Aziz. Selain itu, gabungan barisan pelakon lain seperti Lisa Surihani, Maya Karin dan juga Bront Palarae tidak kurang hebatnya. Masing-masing pernah memenangi anugerah berprestij, lakonan mantap mereka semua benar-benar mempengaruhi para penonton sehingga tahap penjualan novel Ombak Rindu dari Alaf 21 kembali meningkat. Ini sekaligus memberikan kesan positif kepada industri perfileman dan hiburan negara. Respon positif dari penonton juga antara salah satu faktor mengapa filem ini mendapat sambutan hangat. Ada yang menonton lebih dari satu kali dan antara caption yang sempat OHBULAN! ambil termasuklah, Untuk pengetahuan para peminat, Aaron Aziz masih menunggu kelulusan untuk menjadi warganegara Malaysia. Sekarang ini, difahamkan Aaron hanya berulang-alik dari Singapura ke Malaysia 3 bulan sekali dan jika dia berjaya mendapatkan kerakyatan Malaysia, maka, akan semakin keraplah kita lihat Aaron di sini ya. Untung bila ada satu minggu lagi tempoh tayangan untuk filem Ombak Rindu ini. Kepada para peminat diluar sana, masih ada masa untuk anda menonton filem ini di pawagam sekarang! Jadi apa tunggu lagi? OHBULAN! takkan hairan jika filem Ombak Rindu ini mampu mengaut lebih RM15 Juta pun, apa kata anda? Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Aaron Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan