Juliana Evans - Google Blog Search |
| SELAMAT TINGGAL DUNIA LAKONAN – <b>JULIANA EVANS</b> Posted: 28 Nov 2011 08:45 PM PST Dapatkan Berita Maharaja Lawak Mega Secara Percuma klik siniNAMA Juliana Evans dalam dunia lakonan semakin menjadi sebutan. Tidak kiralah lakonannya bagus atau sebaliknya, tetapi dia menjadi antara pelakon yang sering mendapat perhatian daripada pengarah dan penerbit filem atau drama. Menerusi setiap peluang yang diterimanya, ternyata Juliana tidak ada masalah untuk terus menajamkan bakat lakonannya. Tambahan pula usianya masih muda, iaitu 22 tahun. Bagaimanapun, ketika orang lain sepertinya gigih untuk mendaki ke puncak kegemilangan, Juliana pula mungkin membuat keputusan yang agak mengejutkan kerana mahu berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara. Alasannya, mahu menyambung pelajaran di luar negara. Itu adalah keputusan yang tulus daripada hatinya. Bukan kerana merajuk, kecewa atau didesak oleh mana-mana pihak. "Saya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon dan berhijrah ke luar negara adalah atas tujuan untuk menyambung pengajian. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Michigan, Amerika Syarikat, Januari depan. "Tinggal lagi sebulan lebih saja lagi untuk saya untuk membuat persiapan termasuk visa dan sebagainya. Disebabkan itulah saya terpaksa menolak pelbagai tawaran berlakon kerana mahu fokus terhadap semua persediaan ke sana. "Mail Lambung adalah filem terakhir lakonan saya sebelum ke Amerika Syarikat," katanya. Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans ini berkata, faktor usia yang semakin meningkat menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk menangguhkan pengajiannya sehingga ke peringkat tertinggi. "Usia semakin tahun semakin meningkat. Sepatutnya pada usia 22 tahun saya menggenggam ijazah. Sebab itulah saya tidak mahu bertangguh lagi. Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur... |
| You are subscribed to email updates from Juliana Evans - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan