Nuffnang

Ahad, 1 Januari 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Apa Yang Saya Belajar Dari <b>Aaron Aziz</b> Mengenai Bisnes <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2011 03:49 PM PST

Aaron Aziz.

Nama yang semakin ngetop di Malaysia.

Apatah lagi lakonannya bersama Maya Karin dalam filem Ombak Rindu mencecah kutipan RM 10 juta.

Ada kontroversi babak atas ranjang lagi.

Berikut adalah 4 perkara yang saya belajar dari Aaron Aziz mengenai pengurusan kewangan, bisnes dan pelaburan.

1. Guna Kekuatan

Kekuatan beliau bukan pada huruf alif. Tetapi pada muka yang kacak, hensem dan macho. Kalau nama beliau adalah  Wak Joko Erwin Anwar sekalipun pengarah filem / drama pasti mahu mengambil beliau berlakon.

Dia tahu dia hensem. Orang (perempuan) suka tengok orang hensem. Cair…

2. Keluar Dari Zon Selesa

Aaron Aziz orang Singapura.

Orang-orang JB kata mereka dah tonton Aaron Aziz ni lama dah dari saluran television Singapura.

Orang professional Malaysia pergi ke Singapura, Dubai, Eropah untuk cari duit. Orang Singapura datang Malaysia nak cari duit. Ironi bukan?

3. Keluarga Penting

Berdasarkan laporan-laporan dari blog hiburan seperti blog Beatifulnara.com, ada gambar Aaron Aziz bersama isteri dan anak-anak. Nampak bahagia.

Semoga kontroversi adegan ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin tidak menjejaskan hubungan keluarga mereka. (dush!)

4. Hebat dalam Bidang

Kalian pasti tidak tahu bagaimana watak sebenar beliau.

Garang kah, pelawak kah atau pemalu kah.

Dalam filem Pisau Cukur jadi detektif, dalam KL Gangster jadi orang jahat, dalam Ombak Rindu jadi lelaki yang budiman menyelamatkan Izzah dari jadi perempuan murahan.

Dia dapat memuaskan hati klien (pengarah dan penerbit) dengan menjadi hebat dalam bidang lakonan justeru membolehkan dia mendapat pelbagai tawaran berlakon berulang-ulang kali.

Ini lebih utama dari perkara no # 1. Ho ho ho.

Penulis:

Suzardi Maulan {Pakdi} merupakan Islamic Financial Planner (IFP)TM, trainer dan penulis buku.

Klik link di bawah untuk mengetahui Bagaimana Merancang Kewangan Peribadi Secara Patuh Shariah Dengan 7 Langkah Mudah:

Klik >> 7 Langkah Mudah Merancang Wang


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan