Nuffnang

Ahad, 29 Januari 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Awi Rafael</b> buka tirai konsert <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2012 03:15 PM PST

Pelantun lagu "Pulanglah", Awi Rafael telah dipilih sebagai artis pembuka tirai konsert kumpulan rock Amerika Syarikat, Dashboard Confessional yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2012.

Awi Rafael yang sebelum ini pernah bersama dengan kumpulan Bhumiband kini bernaung di syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan lagu-lagunya seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta" sudah mula menduduki carta di stesen-stesen radio tempatan.

Penyanyi berusia 25 tahun ini yang banyak menimba pengalaman hasil daripada menyanyi di jalanan di Australia selama setahun membuatkan dirinya lebih berusaha untuk mencapai cita-citanya.

"Seringkali dianggap 'lemah', ia membuatkan saya berusaha dan memberi saya inspirasi untuk membawa lagu saya kepada mereka yang meminati saya kerana itulah yang paling penting sekali."


Dianjurkan oleh Livescape Asia, Dashboard Confessional yang terkenal dengan lagu seperti "Vindicated", "Finishing School" dan "Screaming Infidelities" ini bakal mengadakan konsert solo akustik pada 22 Februari 2012, jam 8 malam di KL Live, Kuala Lumpur.

Peminat boleh dapatkan tiket ke konsert tersebut dengan harga RM121 di laman web AirAsiaRedTix atau RM141 di pintu masuk pada hari konsert.

Sebelum ini Dashboard Confessional telah membatalkan persembahan mereka di Rockaway Festival tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan