Nuffnang

Isnin, 23 Januari 2012

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


Penbiru Menulis: ROZITA CHE WAN MR.LABUCI ???

Posted: 07 Jan 2012 12:00 AM PST

Assalamualaikum...
Hehehe..aku nak tergelak pun ado..semalam aku saja-saja check statistik blog aku..tiba-tiba je aku tergelak bila ada Kata Kunci Carian " Rozita Che Wan Mr.Labuci".ahahah..mentang-mentanglah aku pernah buat entri pasal tak puas hati dengan Rozita Che Wan kat SINI , dan entri aku pun banyak cerita pasal manik dan labuci, apa lagi? Si google pun dengan senang-senang hati menghalakan carian tu ke blog aku..memang lawak dowh!
Ada sesapa yang tengok Cerekarama kat TV3 Sabtu lepas? Mr.Labuci..kawan aku yang bukan peminat drama melayu pun boleh terminat kat si Azhan Rani tu (yang jadi suami Rozita Che Wan tu). Cerita dia memang best, yang paling best masa diorang tunjuk part dia tengah menjahit..kejab tertunggeng-tunggeng, kejab dok atas kerusi, kejab-kejab meniarap..betul la tu..aku pun cam tu lah gayanya..orang tak jahit tak taulah..yang jahit memang faham sangat betapa azabnya nak siapkan sehelai baju..huhuh
ambik dari album pakcik gugel
Actually aku suka tau dengan Azhan Rani. Cuma aku kesian kat dia, dari dulu lagi dia selalu disogokkan dengan watak antagonis atau dalam kata lain watak jahat..Jarang dia muncul dalam drama dengan watak baik, mungkin kerana sisi wajahnya nampak macam pembengis..tapi kalau dilihat dari sisi yang lain, nampak juga wajah lelaki romantik..ekekeke..suke..suke..suke.. Kalau korang ingat drama Supermak yang Nasha Aziz berlakon jadi superwomen tu, dia belakon sebagai inspektor polis merangkap suami kepada Supermak. Sekarang ni pun dia ada berlakon drama kat TV3, petang2 tu..Gemersik Kalbu, jadi abang kepada Ayu Raudhah(adik kepada Che Ta)..suke..suke..suke..
Pada aku , Azhan Rani ni memang pandai berlakon. Dia boleh bawak watak dia dengan baik sekali..kalau kau nak dia jadi jahat..memang aku rasa macam nak hempuk je bila tengok muka dia, tapi masa dia belakon Mr.Labuci tu..alamak..kesihan la pulok..hingga jatuh hati dibuatnya..hehehe..suke..suke..suke..okeh..itu jer..dan sesungguhnya kepada pencari Kata Kunci Carian seperti tajuk entri ni, kat blog aku ni memang takde pun kisah Rozita Che Wan Mr.Labuci..ini ha  baru na buat..kehkehkeh..adeus!!!
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan