Hantar ke Twitter! |
Share
Gadis selebriti Nurul Elfira Loy Bt Ahmad Sabri, anak kedua dari empat beradik ini dalam delema menjadi seorang selebriti. Menurutnya ada ketika dia berasa senang dengan perhatian orang sekeliling tetapi adakalanya tidak. Apabila dia dikenali, dia terasa tidak bebas melakukan apa yang digemarinya.
Tidak mahukan kontrovesi murah, gadis 17tahun yang baru mengambil peperiksaan SPM yang lepas sentiasa berfikir sebelum melakukan seseatu perkara.
"Hendak tweet pun saya perlu fikir. Saya tahu dalam dunia ini kita tidak mampu buat semua orang sukakan kita. Namun sedaya upaya saya mahu orang sukakan saya. Saya ni jenis orang yang sentiasa fikirkan tentang orang lain. Jika ada yang tidak sukakan saya, saya mahu mengetahui apa puncanya."
Barubaru ini, gara-gara digandingkan dengan pelakon kacak dari negara Seberang, Randy Panglila, Elfira Loy dikutuk oleh para peminat Indonesia menerusi laman sosial, Twitter dan Facebook. Mereka marah dan bengang kerana babak romantik lakonan Elfira dan Randy dalam drama arahan Michael Ang, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.
Menurut Elfira dia tidak terkejut kerana sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Maklumlah aktor popular 'Nada Cinta' Randy Panglima itu memang punya peminat yang ramai. Elfira hanya ketawa sebaik mengetahui perkara itu. Itu hanya lakonan dan dia hanya menjalankan tanggungjawab menghayati wataknya.
Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah. Anda boleh ikuti telefilem ini di Astro Ria.
Jika anda mahu tahu, Elfira ini seorang yang menggilai filem dan drama Korea. Antaranya Pasta dan Secret Garden. Biasalah remaja Malaysia sekarang nikan gila K-pop. Layan..!
OH ARTIS : ELOK LAH BEGITU. UMUR MUA TAPI MASIH BOLEH FIKIR TIDAK MAHU KONTROVESI MURAHAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan