Nuffnang

Jumaat, 27 Januari 2012

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Kemana Hilangnya <b>Fabulous Cats</b>? | OHBULAN!

Posted: 26 Jan 2012 11:04 PM PST

Bermula dari awal kemunculannya hinggalah ke hari ini, The Fabulous Cats tidak pernah sunyi dari pelbagai gosip dan kontroversi. Penyanyi wanitanya silih berganti berikutan daripada masalah dalaman.

Terkini, The Fabulous Cats yang pernah dianggotai oleh empat orang artis dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia dikatakan telah berkubur berikutan pengunduran Adeep Nahar. Berita tentang pengunduran Adeep Nahar sememangnya telah diketahui umum dan disahkan oleh Cat Farish sendiri.

Namun, tidak dinafikan semenjak pengunduran Adeep, kelibat The Fabulous Cats di kaca TV mahupun penampilan di dada akhbar juga semakin berkurangan. Cat Farish pula lebih senang berkongsi perkembangan terbarunya secara individu manakala Zizie pula lebih banyak muncul di layar berbanding pentas persembahan.

Wangi pula lebih banyak meluangkan masa di Bandung sambil bertungkus lumus untuk menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Pengurusan di Universiti Padjajaran. Kali terakhir melihat kemunculan Wangi di kaca tv adalah ketika beliau dijemput menjadi juri jemputan Maharaja Lawak Mega Episod 4. Khabarnya, setelah tamat pengajian Wangi ingin menumpukan kariernya sebagai penyanyi solo pula. Percubaan solo pertama beliau bakal dirilis tidak lama lagi dengan lagu yang akan menjadi OST sebuah filem animasi sains tempatan.

Kedudukan The Fabulous Cats dalam syarikat rakamannya iaitu Alibi Music turut menjadi tanda tanya di kalangan pengamal media. Kali terakhir mereka dilihat menyertai acara anjuran Alibi Music adalah ketika Alibi Music Showcase di Sungei Wang Plaza penghujung Julai tahun lalu.

"Samada The Fabulous Cats masih lagi wujud atau tidak, saya tiada jawapannya. Yang paling layak menjawab persoalan ini adalah Cat Farish sendiri selaku ketua kumpulan" kata Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd tentang status The Fabulous Cats.

Namun, apa yang pasti 'jodoh' mereka bersama Alibi Music telah berakhir. Kontrak mereka tamat bulan Januari ini dan single terbaru mereka 'Suka Suka' menjadi rilis terakhir. Single berkenaan digubah dan ditulis oleh Cat Farish sendiri bersama Adeep Nahar dan Zizie. Lagu ini agak santai dan mempunyai elemen humor kerana berkisar tentang dunia artis tanahair yang penuh kontroversi.

Biarpun The Fabulous Cats kini tidak bernaung di bawah Alibi Music, Ferhard tetap berfikiran positif tentang masa depan syarikat rakamannya yang baru sahaja menyambut ulangtahun keduanya baru-baru ini.

"Selain single Suka Suka, kami juga telah merilis dua single terbaru dari Dynda dan Asfan sebagai pembuka tirai 2012."

Single Dynda yang bertajuk 'Sudah Sudah' ciptaan A.Andi Merican adalah lebih 'catchy' dan telah mula diputarkan di Hot FM. Dalam single ini, vokal Elly, Vega, Reella dan Renni lebih mantap dan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan dua single mereka sebelum ini. 'Sudah Sudah' juga menampilkan seorang Rapper jemputan baru yang identitinya masih dirahsiakan buat masa ini.

Asfan pula yang mula mencipta nama dengan single pertama beliau 'Terhenti Di Sini' telah menghasilkan single kedua berjudul 'Takkan Playboy Lagi'. Single ciptaan beliau sendiri ditujukan kepada semua lelaki yang ingin mengembalikan keyakinan pasangan mereka.

"Kali ini single Asfan lebih rancak dan saya harap ia boleh menambat hati para peminat", katanya menamatkan perbualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan