kumpulan Sofaz - Google Blog Search |
<b>Kumpulan Sofaz</b> Tukar Nama 'Sofazr' | Lulu pages Posted: 13 Dec 2010 09:09 PM PST Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas. Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard) itu menganggap sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri. "Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami. "Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini. "Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Isnin. Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu. Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini. . |
.info.song.myself.: SONG OF MINE : <b>SOFAZ</b> - TERASA DI SYURGA Posted: 24 Aug 2011 08:03 AM PDT Assalamualaikum... kali ini lagu pilihan ak adalah daripada kumpulan Sofaz bertajuk Terasa Di Syurga...lagu ni agak baru kot...(psl bru brape kali dgr kat radio) so cari la lagu tu kt youtube...komen aku...best sbb ske lyn lgu jiwang2...hehe...lagu Sofaz yang terdahulu bertajuk Maaf Dari Hati, Dan Bila Esok pn best jgak...ape pn...jom layan lagu ni...hehe :D Sofaz Terasa Di Syurga Engkau tersenyum malu Bila ku bertanya Adakah diriku ada di hatimu Aku amat terasa Indahnya rasa bila dicintai Oh kasihku Indahnya rasa bila dicintai Hidup ini terasa di syurga Tak sabar menunggu hari esok Umpama mawar yang sedang mekar Indahnya rasa bila dicintai Oh kasihku Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from kumpulan Sofaz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan