Nuffnang

Khamis, 12 Januari 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


PROMO: Chantek Tampilkan Bakat Nyanyian <b>Pierre Andre</b>, Di <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2012 10:47 AM PST

Pernah anda dengar Pierre Andre menyanyi? Kalau berminat untuk tahu sama ada pelakon berbakat ini ada aura menyanyi, filem baru beliau mungkin ada jawapan.

Pierre Andre bakal tampil dengan sebuah filem baru arahan beliau bergenre romantik komedi dan berjudul Chantek.

Dalam filem Chantek ini, ada satu adegan di'mana memerlukan watak yang di'pegang Pierre Andre untuk menyanyi sebagai usaha memujuk si kekasih hati bernama Chantek.

Menarik'nya filem Chantek ini ialah ia'nya akan menampilkan seorang pelakon dari Indonesia sebagai heroin di'samping Pierre Andre sendiri yang bertindak menjadi teraju utama selain mengarahkan filem ini.

Nurul Ekasari akan memegang watak seorang pembantu rumah khas Indonesia yang bernama Chantek di'tugaskan untuk menjaga Ad (Pierre Andre) yang fobia dengan wanita dan cinta selepas tunang'nya curang. 

SINOPSIS: AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK.

Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

Full content generated by Get Full RSS.

:: MYARTIS.COM ::: JEMBALANG GANGGU <b>PIERRE ANDRE</b>?

Posted: 09 Dec 2011 01:31 PM PST


Gambar ini secara tidak sengaja menampilkan satu lembaga misteri semasa penggambaran filem yang melibatkan pelakon dan pengarah Pierre Andre di sebuah rumah tinggal di Ampang, Selangor. Menurut dakwaan krew penggambaran, segelintir daripada mereka pernah diganggu oleh 'jelmaan' yang tiba-tiba menyerang mereka.

Lebih memelikkan, Pierre dan adiknya Mikael Andre yang turut berlakon dalam filem tersebut terpaksa berubat atas sebab-sebab tertentu. Namun tidak pula diketahui apakah mereka berdua berubat kerana demam atau kerana kena sampuk jembalang.

Klik untuk imej besar...

Bagaimanapun, menurut cerita penduduk setempat, kawasan penggambaran itu memang keras dan menyimpan seribu misteri. Itu kata penduduk, kata segelintir pihak pula mungkin berlainan iaitu kemungkinan MIG hanya sekadar membuat gimik untuk melariskan filem itu nanti.

Apa-apapun... Allahulam..!

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan