Nuffnang

Rabu, 11 Januari 2012

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


<b>Ramlah Ram</b> Tidak Pernah Bertemu Si Duo Sleeq | Oh! Artis | Dunia <b>...</b>

Posted: 22 Dec 2011 08:06 PM PST

perfumeberry

vimax

rahsiarumah

eriesya

yoli4all

wuuhuuonline

1 step to become a great reader:
1. Take a look one by one ads here and click it if you think you love it. Then, dare to try it.
There is no SCAM advertisement here!! We swear!!

Hantar ke Twitter! | Bookmark Share

Lagu barunya meletup-letup. Semakin popular kembali kak Melah kita yang memang hebat vocalnya. Gandingan dengan dua anak muda kelahiran singapura, Sleeq, Ramlah Ram 46 tahun terus mengharapkan sokongan peminatnya. Lagu Sesaat Kau Datang, kolarborasi Ramlah dengan duo Sleeq yang dianggotai oleh Alif Abdullah, (Aleph) 22, dan Ahmad Syarifullah Ahmad, (Syarif) 22, dari Singapura meletup-letup. Lagu ciptaan Suzaimi Soaib (ID Mifzal) dan lirik oleh Zie Shariffud itu menggabungkan muzik pop, R & B dan rap yang mempunyai elemen retro.

Ramlah di bawah Ramlah Ram Group (RRG – Kelab Peminat Rasmi Ramlah Ram) rupanya baru kali ini pertama Ramlah dan Sleeq bertentang mata. Rupanya rakaman dijalankan berasingan di mana Ramlah merakamkannya terlebih dahulu.  Semuanya diuruskan oleh Suzaimi selaku Presiden Ramlah Ram Group.

Asyik Single je, Bila nak Rakam Album?

Sesaat Kau Datang, merupakan single ketiganya selepas Cinta Gila dan Benar Mencintai bersama Faris Awan Band. Menurut Ramlah, semua single yang dirakam akan dimuatkan dalam album penuhnya yang bakal dikeluarkan pada Februari depan selepas merakamkan lagi beberapa buah lagu termasuklah lagu Sejadah Cinta dan Seandainya. Bersama RRG semakin banyak muzik baru dikeluarkan. Kebanyakkan lagu dicipta para peminatnya. Ramlah memang tidak memilih komposer. Asalkan lagu yang dicipta sedap pada pendengaran, Ramlah berbesar hati untuk menyanyikannya.

Album terbaru Ramlah Ram akan berada di pasaran sekitar March 2012. Buat pertama kali penerbitan album ini dibuat bersama ahli kelab peminatnya RRG dengan pihak FMC. Album kali ini masih mengekalkan konsep Pop agak lebih segar dan mengikut trend masa kini menampilkan Diva Ramlah Ram bekerjasama dengan pencipta-pencipta Muzik Baru (Underground)yang berbakat dengan susunan muzik dibuat oleh barisan kumpulan Indie yang popular.Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru beliau ialah 'Cinta Gila', 'Benar mencintai', 'Sejadah Cinta', 'Seandainya', 'Sesaat Kau Datang', 'Aku ingin Kamu', 'Jangan berdusta', 'Bukan untukku', 'Ingin Bersama', 'Tak Melupakanmu' dan lain-lain lagi.

Mengapa pilih orang muda untuk kolarborasi kak Melah?

"Saya perlu mencari pasangan duet muda untuk mendapat kelainan dan sekali gus mengikut trend muzik masa kini. Pada masa yang sama, saya tidak sangka yang kolarborasinya dengan Sleeq mendapat reaksi positif daripada para peminatnya, mahupun peminat Sleeq. Sebenarnya ada kelebihan bergabung dengan orang muda. Peminat-peminat Sleeq yang sudah mendengar lagu ini secara tidak langsung akan mula mencari lagu-lagu lama Ramlah. Begitu juga dengan peminat saya, pasti mencari lagu-lagu Sleeq. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan rasa besar hati kerana Sleeq sudi menyanyi bersama," ujar Ramlah

Apa pula komen Sleeq?

"Kami dapat panggilan dari rakan di Singapura. Kak Ramlah mencari RnB, atau Rap group untuk bekerjasama dgn kak Ramlah. Terkejut juga ketika itu. Ibubapa kami juga ingatkan kami main-main tetapi Alhamdulilah, kami dapat peluang emas ini kiri dan kanan. Bekerja dengan kak Ramlah bukannya senang. Peluang bukannya selalu. Kami rasa sangatlah bebesar hati. Untuk lagu Sesaat Kau Datang ini, kami rekod di rumah (studio) kami selepas mendapat rakaman nyanyian kak Ramlah. Kami hanya berurusan dengan Mifzal dan tidak pernah berjumpa kak Ramlah. Buat rakaman hanya tengok gambar kak Ramlah je," ujar Sleeq sambil ketawa.

Kak Ramlah yang kini kembali ke persada seni selepas bercerai dengan bekas suaminya, Kamal Roslim. Sudah lebih kurang dua tahun kak Ramlah bersendiri. Namun begitu hidupnya tidak sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga. Lebih senang memikirkan hal kerjaya lebih-lebih lagi single ketiganya, Sesaat Kau Datang bersama dua Sleeq sedang hangat sekarang ini. Kak Ramlah sentiasa mendapat undangan mengadakan persembahan pentas. Apabila projek album terbarunya selesai, kemungkinan besar dia akan memikirkan soal konsert pula.

OH ARTIS : ADA JE DESAS DESUS KATA KAK MELAH BERCINTA DENGAN HAFIZ, PENGURUS PERIBADINYA. TUNGGU JE LAH KAN. AHAKS.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan