Nuffnang

Ahad, 12 Februari 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Video: Persembahan &#39;Kisah Hati&#39; Oleh <b>Alyah</b> Di AJL 26, Ngam Habis <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 08:47 PM PST

6.5 Juta jumlah tontonan untuk program Anugerah Juara Lagu 26 pada hari Ahad lepas, tapi OHBULAN! pasti mungkin ada yang terlepas kerana kerja ataupun sibuk melayan teman wanita/lelaki tengok bulan kan?

Memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL 26, lagu 'Kisah Hati' ciptaan Manusia Putih ini benar-benar berhantu. Dibawakan pula oleh Alyah yang sememangnya mempunyai vokal yang mantap, memang tidak hairan jika ia dinobatkan sebagai juara lagu sekali pun.

Anda tak percaya? OHBULAN! sendiri masih teringat-ingat aura ketika berada di Stadium Putra Bukit Jalil dimana Alyah sedang membuat persembahan, habis bergema satu stadium dengan jeritan padu peminat, bukan setakat itu, bulu roma pun turut naik ikut menjerit dengar suara Alyah. OHBULAN! bukanlah pandai sangat bab-bab vokal ini, tapi kalau dah sampai meremang bulu roma, itu baik!

Apa-apa pun, kepada anda yang terlepas AJL 26 ataupun ingin melihat semula persembahan dari Alyah untuk lagu 'Kisah Hati', tonton video selepas ini!

Chopp, sebenarnya kami tertarik juga dengan gaun yang dipakai oleh Alyah ini. Untuk pengetahuan, gaun ini adalah rekaan pereka fesyen artis yang terkenal, Hatta Dolmat.

Kredit video: TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan