Nuffnang

Ahad, 12 Februari 2012

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


Betulkah The <b>Fabulous Cats</b> Sudah Berkubur?

Posted: 30 Jan 2012 02:44 AM PST

[Image: 1302012_tiadalagicat-a.jpg]

Dari awal penubuhan sehinggalah sekarang ini, kumpulan The Fabulous Cats (TFC) yang ditubuhkan oleh penyanyi rap dan komposer terkenal iaitu Cat Farish tidak boleh lari dari cerita panas mengenai kumpulan mereka akan berpecah atau bermasam muka.

Asalnya, kumpulan yang tatkala ini dibarisi oleh Cat Farish sendiri selain Adeep, Wangi dan Zizi itu, sering saja mendapat perhatian dengan penukaran ahli kumpulan wanita mereka.

Walaupun begitu, ianya menjadi semakin reda selepas Zizi dan Wangi berganding bahu menaikan semula nama kumpulan berkenaan.

Namun, cerita perpecahan yang sering dilemparkan terhadap mereka muncul lagi selepas Wangi menyambung pendidikan di negara kelahirannya, Indonesia.

Pun begitu, cerita sebegini mungkin saja telah menemui penghujung cerita kerana Murai Batu mendapat tahu kumpulan berkenaan sudah pun berkubur menjelang 2012.

Walaupun begitu, Murai Batu malas mahu ambil tahu dan menganggap ianya sebagai propaganda untuk menaikkan semula kumpulan itu yang sudah suam-suam bunyinya.

Bagaimanapun Murai Batu telah bertemu jawapan pasti apabila seorang teman yang rapat dengan kumpulan berkenaan memberitahu bahawa berita perpecahan itu adalah benar belaka.

Sumber berkenaan juga memberitahu, lagu single terbaru mereka yang berjudul Suka-Suka, merupakan lagu terakhir dari kumpulan berkenaan dan ia menandakan tamatnya perjuangan kumpulan yang popular dengan lagu Bawa Ku Terbang.

Cerita itu diperkukuhkan lagi apabila teman Murai Batu sudah mendapat pengakuan daripada Adeep yang mengatakan dia bukan lagi anggota sah The Fabulous Cats.

Selain itu, Wangi yang ketika ini sedang menuntut di Jakarta, Indonesia dikhabarkan akan bergerak secara solo sebagai pengacara dan pelakon sebaik saja dia tamat pembelajaran di sana dalam masa terdekat.

Jadi kesimpulannya, kumpulan ini hanya akan dianggotai Zizi dan Cat. Bagaimanapun mereka juga khabarnya telah membawa haluan masing-masing kerana semakin sibuk di set penggambaran drama dan filem.

Murai Batu juga difahamkan pihak syarikat rakaman mereka, Alibi Music telah mengambil langkah selamat dengan mengatakan bahawa mereka masih belum mendapat kata putus dari Cat sama ada kumpulan ini benar-benar sudah berkubur ataupun tidak.

Mungkin juga, Alibi terpaksa berdiam diri kerana pucuk pangkalnya keputusan kumpulan ini dijaga sepenuhnya oleh Cat.

Nampaknya, terpaksalah Murai Batu menunggu pengumuman rasmi dari mereka. Mungkin juga Cat sedang menunggu waktu yang sesuai untuk memberitahu berita sedih ini.

<b>Cat</b> Farish Berdarah Di Hidung Dan Mata, Kini Semakin Stabil <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 03:49 PM PST

Anggota kumpulan Fabulous Cats, Cat Farish telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami simptom tekanan darah tinggi. Menurut sumber, hidung Cat Farish secara tiba-tiba mengalirkan darah sejurus tamatnya mesyuarat mengenai projek teater dan filem, malam Jumaat lepas.

Tambahnya lagi, Cat Farish kemudiannya digegaskan ke hospital dan dimasukkan ke dalam wad pesakit luar. Bagaimanapun, keadaan Cat Farish dilihat semakin kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU. Doktor turut memasukkan tampon ke dalam lubang hidung Cat Farish bagi memberhentikan pengaliran darah.

Pendarahan di hidung telah berhenti, namun darah kemudiannya mengalir keluar melalui matanya. Cat Farish kini masih berada dibawah pemerhatian dan rawatan doktor di hospital berkenaan.

"Sabtu lepas saya dah lawat dia disana dan diharapkan keadaannya akan bertambah baik," ujar sumber yang enggan dinamakan.

Tiada ulasan:

Catat Komen