Didie Alias - Google Blog Search |
<b>Didie Alias</b> tak sangka 3 kali jadi finalis Artis Komedi Wanita Popular <b>...</b> Posted: 08 Feb 2012 07:56 AM PST Kerja keras Didie Alias selepas nekad kembali aktif dalam dunia lakonan berhasil apabila nama Didie masih kekal dalam senarai Top 5 Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2011. Ia pencalonan ketiga diterima Didie yang kembali mendapat kepercayaan beraksi di depan kamera selepas membintangi drama, Labuna Labuni di samping Enot. "Ia sesuatu yang di luar jangkaan saya. Bayangkan pada usia hampir 40 tahun, peminat masih menerima dan meletakkan saya dalam senarai popular. Anehnya putaran hidup ini. Alhamdulillah, Tuhan sentiasa membentangkan laluan rezeki selesa untuk saya nikmati. Melihat apa yang saya lalui dulu, saya bersyukur kerana diberi Tuhan kekuatan untuk terus bertahan dalam bidang ini. "Orang lain mengecap kemasyhuran dan populariti pada usia muda, saya pula cuma menikmatinya ketika usia matang. Namun itu rezeki masingmasing, saya tidak pernah mengeluh atau menyesal," katanya yang nekad meninggalkan karier lakonan ketika namanya mula di puncak kerana mendirikan rumah tangga pada 1992. Didie menjelaskan, tiada siapa tahu getir dilaluinya ketika kembali mahu membina tapak sebagai pelakon selepas perkahwinan pertama rebah di pertengahan jalan. Kegagalan itu membawa Didie mengalihkan fokusnya kepada kerjaya di balik tabir. Status yang berubah itu, sekelip mata membuatkan ada segelintir memperlekehkan dirinya. Biarpun terkilan, Didie akur untuk bertahan kerana semangat juangnya sebagai insan seni begitu tinggi. "Saya pernah berada di bawah, tempat di mana tiada siapa yang memandang dan mengambil tahu hal kita. Saya tidak kecewa, sebaliknya situasi itu menyuntik keazaman tinggi untuk saya bekerja kuat. Syukur kerana Tuhan memberikan saya peluang kedua. Peluang yang jarang diperoleh ramai orang, namun saya diberi kesempatan kembali mengecap populariti. Disebabkan itu saya serius menjaga kerja," katanya yang sentiasa mencabar diri memberikan persembahan terbaik dan menolak sifat malas. |
Anak <b>Didie Alias</b> Peroleh 8A PMR | wootmedia.MY Posted: 23 Dec 2011 08:31 AM PST Pelakon dan pelawak, Didie Alias menganggap kejayaan anak ketiganya, Nur Dinie Ridzuan, 15, merangkul 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai satu hadiah paling istimewa buat dirinya. Didie Alias berkata kejayaan anaknya dalam PMR yang diumumkan Khamis itu bagaikan pengubat kepada semua hasil penat lelahnya selama ini. "Ketika nama Nur Dinie diumumkan di dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, saya sendiri terkejut dan tidak percaya kerana hanya tiga orang sahaja yang diumumkan mendapat 8A. "Sebagai seorang ibu sudah tentu ada perasaan bangga dan ini merupakan hadiah paling istimewa buat saya. Biar apa juga orang ingin kata tentang saya namun kejayaan ini membuktikan saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis. Ditanya tentang kunci kejayaan anaknya, Didie berkata dia sentiasa memantau pembelajaran setiap anaknya biarpun sibuk dengan kerjaya. "Saya tidak nampak dia belajar 24 jam tetapi saya yakin dia menumpukan perhatian sewaktu di sekolah selain mengikuti kelas tambahan di luar waktu sekolah. "Sebagai ibu sudah tentu saya pantau setiap perkembangan persekolahan dan prestasi akademiknya dari semasa ke semasa," ujarnya. Sementara itu, jelas Didie dia masih belum merancang sebarang hadiah sebagai ganjaran atas kejayaan tersebut. "Saya tidak janjikan apa-apa pada dia dan dia juga hanya minta doa dari saya untuk berjaya cemerlang PMR ini," katanya. Selain Nur Dinie, Didie juga mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon Ridzuan Hashim iaitu Nur Dania, Muhammad Daniel dan Nur Diyana dan Nur Dayini. - Sumber Mstar Online Incoming search terms:
|
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan