Nuffnang

Sabtu, 18 Februari 2012

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>SYAMSUL YUSOF</b> TUKAR JUDUL &#39;KL GANGSTER 2&#39; ELAK <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2012 04:00 AM PST

SYAMSUL YUSOF TUKAR JUDUL 'KL GANGSTER 2' ELAK PENONTON KELIRU

Pengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan dalam filem tersebut.

Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011).

"Apa yang saya perhatikan segelintir besar penonton kita masih tidak faham maksud istilah prekuel dan sekuel yang digunakan dalam sesebuah filem.

"Saya bimbang jika istilah prekuel dikekalkan dalam tajuk KL Gangster 2, penonton yang tidak faham istilah itu akan berasa keliru dengan jalan cerita dan watak dalam filem kedua ini," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu.

"Mungkin ada yang akan mempersoalkan mengapa beberapa watak seperti Shark lakonan saya dan Fadil (Zizan Razak) masih hidup dalam KL Gangster 2 kerana terkeliru dengan plot filem ini.

"Sebab itu, saya berasa adalah lebih baik jika saya gunakan tajuk baru KL Gangster 2: The Beginning yang membawa maksud yang lebih jelas kepada penonton," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan