Farawahida - Google Blog Search |
<b>Farawahida</b> Kahwin Mr. R Hujung Tahun Ini Posted: 03 Feb 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Penyanyi hitam manis, Farawahida Razali atau Farawahida akui telah merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka yang mahu dikenali sebagai Mr. R. Mula menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu, Farawahida berkata dia bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini. "Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R . "Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari. "Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun. "Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri. "Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my. Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta. Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan. "Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah. "Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin. "InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga. "Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi. Farawahida yang baru tampil dengan single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi itu bakal mengadakan persembahan di Malam Kebudayaan Negeri Perak pda 17 Februari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
(2 Gambar)Inspirasi : <b>Farawahida</b> Ceria Bangkit Kembali <b>...</b> Posted: 23 Jan 2012 02:47 AM PST Melalui perjalanan seni yang berliku, penyanyi Farawahida Razali atau lebih mesra disapa Farawahida kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Lebih 10 tahun mengenali anak kelahiran Taiping, Perak ini melalui pelbagai siri pertandingan nyanyian yang disertai. Namun begitu langkah Farawahida tidak sia-sia meskipun sering tewas dalam pertandingan, beliau telah diberi peluang merakamkan album pertama Tanpamu pada tahun 2004 terbitan Millenium Art Sdn. Bhd. Kemunculan Farawahida dalam industri seni ternyata telah memberi impak tersendiri. Pada tahun yang sama juga, Farawahida telah muncul sebagai Artis Baru Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004. Masih mengekalkan konsep pop, Farawahida kemudiannya tampil dengan album kedua, Semuanya Ada Di Sini pada tahun 2006. Mengimbas kejayaan manis yang pernah dilakar Farawahida bersama bekas pengurus dan pencipta lagunya, Julfekar tentunya kemenangan lagu Persoalan Cinta yang mengungguli kategori Lagu Terbaik Etnik Kreatif dalam Anugerah Juara Lagu 24 pada tahun 2009. Perjalanan seni Farawahida sedikit terhambat dengan kontroversi bersama bekas pengurusnya. Namun begitu, setelah segala kemelut terlerai, Farawahida kini bangkit merencana kerjaya seninya semula. Menemuinya dalam satu majlis hiburan baru-baru ini, Farawahida tampil dengan single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi ciptaan Manusia Putih dan lirik oleh Nawfas yang menjadi OST drama Mata Ayer. Inisiatif Farawahida menghasilkan single sendiri menunjukkan iltizamnya untuk terus bangkit berjuang dalam bidang yang dicintainya ini. Semoga Farawahida terus berjaya dalam merencana karier seninya. Kita layan lagu single Farawahida ~ Jangan Tanya Aku Lagi * Terima kasih, gambar oleh Niezam Zaini Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan