Nuffnang

Jumaat, 3 Februari 2012

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Pekerja Restoran Lari, <b>Fauzi Nawawi</b> Hilang RM118,000 Duit <b>...</b>

Posted: 25 Nov 2011 08:10 PM PST

Maaf jika kami menjadi slowpoke di'pagi Sabtu nan indah ini, tetapi kami tidak tahu yang Fauzi Nawawi memiliki restoran.

Laporan media hari ini berkata yang Fauzi Nawawi baru sahaja kerugian RM118,000 apabila salah seorang pekerja restoran Iran milik beliau lesap.

Fauzi Nawawi & seorang rakan beliau yang berasal dari Iran mengambil alih perniagaan restoran makanan Iran itu dari pemilik asal dua bulan yang lalu.

Suspek yang kini sedang di'cari di'katakan bertugas sebagai juruwang dan oleh kerana itu tahu di'mana wang sebanyak RM118,000 itu di'simpan — dalam peti simpanan di restoran itu sendiri.

Fauzi Nawawi turut menawarkan RM5,000 tunai kepada sesiapa yang berjaya menemui pekerja restoran warga Bangladesh yang mana beliau yakin masih berada di Kuala Lumpur. – Harian Metro

Full content generated by Get Full RSS.

<b>FAUZI NAWAWI</b> CURANG? |

Posted: 18 Nov 2011 05:34 AM PST

Number of view5042

"Saya akan buat laporan polis!" tegas pelakon Fauzi Nawawi ketika dihubungi bagi menjelaskan mengenai kontroversi yang kononnya dia mempunyai kekasih gelap. Sebuah blog hiburan tempatan hari ini menyiarkan beberapa screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang memaparkan bukti dakwaan kononnya pelakon teater 'Se-Merah Padi' ini sedang menjalinkan hubungan sulit dengan seseorang.

"Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."

Antara kandungan perbualan melibatkan 'Fauzi' dengan skandalnya itu memaparkan kononnya Fauzi memberitahu yang isterinya, Lisdawati lebih mengutamakan ibu dan adik beradiknya dari dirinya sendiri. 'Fauzi' turut memberitahu disebabkan itulah, beliau menjadi nakal dan memberitahu jika beliau tidak balik rumah pun isterinya tidak kisah.

"Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis 'Kak lis'. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja," ujar Fauzi yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie 'Sebelum Lima Perkara'.

"Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

"Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya." Gua.com.my

The Hot Keywords:

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan