Farawahida - Google Blog Search |
<b>Farawahida</b> mahu kahwin Mr R Posted: 02 Feb 2012 04:33 PM PST Penyanyi Farawahida merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama jejaka misteri yang hanya dikenali sebagai Mr. R pada penghujung tahun ini. Pasangan ini dilaporkan menjalinkan hubungan serius sejak empat tahun yang lalu. "Kami sudah lama berkawan, tetapi saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih saya. Cukuplah saya gelarkannya Mr. R . "Saya serasi dengannya dan saya lihat hubungan kami semakin berkembang dengan positifnya dari hari ke hari. "Disebabkan itu jugalah, saya pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Itupun selepas mengenangkan usia saya yang bakal mencecah 27 tahun. "Tetapi bila muncul 2012, perancangan itu seperti semakin pudar kerana masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan mahu menstabilkan ekonomi diri. "Namun jika ada jodoh, kami bercadang untuk menuju ke gerbang perkahwinan pada penghujung tahun ini juga," katanya ketika dihubungi murai.com.my. Sudah mula mengenali Mr. R sejak di bangku sekolah, Farawahida turut mendedahkan bahawa jejaka tersebut bekerja di sebuah klinik swasta. Belum menetapkan tarikh yang sesuai untuk hari bahagianya itu, tambah Farawahida dia akan memulakan dengan adat bertunang terlebih dahulu sebelum diijabkabulkan. "Kalau ikutkan, saya tidak suka ada terlalu banyak majlis. Biarlah kita jalankan saja majlis yang wajib sahaja iaitu akad nikah. "Tetapi disebabkan keluarga saya mahu kami ikut adat, saya akan adakan majlis bertunang dahulu sebelum berkahwin. "InysyaAllah, jika tiba masanya nanti saya akan umumkan juga. "Jika tidak tahun ini saya akan pastikan sebelum usia 30 tahun saya sudah bergelar isteri," luahnya lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
Pemilik Blog Artismalaysiaterkini.com Bukan Bakal Suami <b>Farawahida</b> Posted: 04 Feb 2012 09:34 PM PST Sebelum isu timbul, Mr.R ingin buat penjelasan, bahawa pemilik blog artismalaysiaterkini.com bukanlah bakal suami penyanyi Farawahida Razali. Ok, Farahwahida bakal menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka yang hanya ingin dikenali sebagai Mr.R. Hubungan serius selama 4 tahun bakal berakhir di jinjang pelamin, penghujung tahun ini. Dengar cerita, mereka mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Apa-apa pun, semoga rancangan Farawahida untuk berkahwin, berjalan dengan lancar. Gambar: Kredit to murai.com.my Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Farawahida - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan