Nuffnang

Isnin, 6 Februari 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2012 05:31 PM PST

DEK kerana terlalu fanatik dengan K-pop, atlet boling negara ini sanggup menjadi 'penghendap' sehingga ke sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur ketika kumpulan kegemarannya datang ke sini.

Cerita Siti Shazwani Ahmad Suhaimi, 25, dia sememangnya peminat tegar kumpulan dari Korea dan Jepun sehingga sanggup melakukan apa saja untuk melihat secara dekat idolanya itu walaupun mereka sekadar keluar membeli-belah.

Malah dia yang mesra dipanggil Shasha sanggup membelanjakan sehingga RM680 bagi membeli tiket VIP konsert U-Kiss yang membolehkannya makan malam dan bergambar bersama serta mendapat tandatangan kumpulan kesayangannya yang dianggotai oleh tujuh jejaka itu.

"Saya paling meminati ketua kumpulan U-Kiss iaitu Soo Hyun. Dia sumber inspirasi saya untuk terus berjuang dan tidak menyerah kalah terutamanya dalam boling.

"Kumpulan U-Kiss kurang popular berbanding kumpulan lelaki Korea lain tetapi Soo Hyun sentiasa memberi aura positif sehinggalah kumpulannya kini digilai ramai," katanya yang mula mengumpul barangan K-pop sejak 2007 dan kini memiliki lebih 40 buah cakera padat (CD) mereka.

Antaranya 2AM, Beast, B1A4, Girls' Generation, 2NE1, Shinee serta Infinite dan kesemuanya didatangkan khas dari Korea Selatan.

Terang Shasha, dia meminta rakannya yang berada di sana membelikan CD pilihannya dan mengepos ke Malaysia kerana ia jauh lebih murah malah edisi Korea Selatan lebih istimewa berbanding yang dipasarkan di sini.

Shasha mengakui tidak malu 'memburu' kumpulan-kumpulan kegilaannya setiap kali mereka berkunjung ke Malaysia bagi menyaksikan persembahan mereka, bergambar kenangan serta mendapatkan tandatangan jika berkesempatan dan tidak kisah berbelanja besar untuk peluang tersebut.

Shasha yang berkongsi minat bersama seorang lagi atlet boling negara, Siti Safiyah Amirah Abd. Rahman tidak menganggap hobinya satu pembaziran kerana produk kumpulan K-pop sungguh berkualiti.

"Selain lagu-lagu mereka yang berkualiti dan lain daripada yang lain, album mereka dihasilkan dengan penuh unik lengkap dengan buku bergambar dan poster," katanya yang turut menganggotai sebuah kumpulan tarian ala K-pop, 10 Minute Crew.

Minatnya yang mendalam itu juga punca utama dia sanggup menyertai kelas mempelajari bahasa Korea dan Jepun kerana tidak mahu bergantung kepada terjemahan lirik yang didapatkan menerusi Internet semata-mata.

Selain CD K-pop dan J-pop, pemenang pingat emas bagi acara PBAB Bevida Storm 2010 di Manila, Filipina itu turut mengumpul koleksi drama serta filem Korea dan Jepun selain komik dari negara matahari terbit itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan