Nuffnang

Jumaat, 24 Februari 2012

kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


Ulasan Konsert Muzik Festival Melayu Singapura | Sensasi Selebriti

Posted: 22 Feb 2012 12:12 AM PST

Artikel Oleh: One Barchiel

Walaupun pada tengahari 18 Februari lalu, hujan telah turun mencurah dengan lebatnya sehingga mengakibatkan pentas asal di lapangan tingkat teratas Marina Barrage mengalami kerosakkan, pihak penganjur Muzik FM (Muzik Festival Melayu) iaitu Superstars and Legends telah dengan pantas bertindak menggunakan pelan B mereka. Acara terpaksa dialihkan ke tingkat dua bangunan tersebut. Konsert harus dijalankan juga walaupun di tempat yang lebih sempit dan terhad, di sebuah pletform yang seakan kaki lima. Di situlah konsert Muzik FM terpaksa diadakan.

2

Kerumitan utama yang ada adalah ketinggian hampir 3 meter dinding batu di antara dataran tingkat bawah ke pletform persembahan yang menyukarkan para penonton untuk melihat aksi di atas. Rumit juga bagi para jurugambar untuk mendapatkan shot yang baik ketika artis-artis sedang beraksi. Namun, kerjasama semua yang ada dari kru-kru bertugas, pihak penganjur sendiri, para penonton dan para artis yang terlibat, memastikan konsert Muzik FM yang diadakan buat julung-julung kalinya itu berlangsung dengan jayanya.

Persembahan Amanda Imani

Objektif asal pihak penganjur untuk menjayakan pesta berkonsepkan santai dan kekeluargaan tetap tidak berubah walaupun dengan pemindahan pentas acara dari lokasi asalnya yang lebih grand. Semua yang hadir memahami akan situasi yang berlaku dan tetap setia berada di Marina Barrage – sebuah daya tarikan pelancong untuk menghayati landskap empangan Marinadan bagi tujuan fotografi panorama Singapura. Adapara penonton yang sudah berada di lokasi sejak jam 11.00 pagi lagi dan sanggup tunggu sehingga acara dimulakan agak lewat dari jadual asalnya pada jam 1.00 petang di atas sebab-sebab yang telah dinyatakan.

6

Acara awal merupakan pertandingan akhir nyanyian bagi penyanyi-penyanyi solo dan berkumpulan dari Singapura di mana pemilihan mereka telah dibuat melalui penghantaran rakaman video nyanyian menerusi facebook Superstars and Legends. Parapeserta telah menyanyikan lagu-lagu popular dari artis-artis seperti Alleycats,Anuar Zain, Samsons, Shila Hamzah dan sebagainya. Adajuga beberapa peserta yang membawakan lagu mereka sendiri. Seperti yang diumumkan pada malam harinya ketika acara utama sedang berlangsung, Wazee, Dan dan Azra Zulaika merupakan 3 pemenang yang bakal mendapat peluang menjadi artis rakaman Universal Music.

Pengunjung ke acara Muzik FM kian ramai selepas berakhirnya segmen pertama tersebut.Segmen kedua merupaka showcase dari kesemua 15 bakat Singapura, yang terdiri daripada artis-artis yang sudah pun established mahupun yang sedang menempa nama di dalam industri muzik. Mereka ini diuruskan oleh Superstars & Legends. Antara persembahan yang mendapat sorakkan gemuruh dari para penonton adalah daripada Wiz-Glare (duo lelaki-wanita) yang penyampaian muzik balada mereka begitu mantap. Kumpulan-kumpulan Rock seperti Rocket dan Sundae pula menggegarkan suasana dengan muzik mereka yang agak berat dan rancak. The Sallys, mungkin antara bakat yang paling menonjol pada malam itu melalui muzik ska yang mereka bawakan. Rancak, versatile dan menghiburkan! Antara lain artis Singapura yang membuat persembahan dan harus diberikan perhatian bagi aktiviti muzik mereka pada masa akan datang adalah Arus(band),Shahridzuan, Nana Karia, Nazihah dan Syazwanah. Seperti juga segmen pertama tadi, artis-artis bagi showcase tersebut turut menyanyikan lagu original masing-masing dan juga lagu saduran.

Persembahan Dayang Nurfaizah

Di kalangan penonton yang membanjiri dataran lapang, ada antara mereka mula gelisah apabila jam menunjukkan hampir 10.00 malam dan acara utama yang menampilkan artis-artis popular dari Malaysia dan Indonesia tidak juga bermula. Penundaan bermulanya pesta pada siangnya telah menjejaskan aturcara, melewatkannya hampir dua jam. Amanda Imani, penyanyi muda jelita yang kian meningkat naik namanya ketika ini menjadi artis pertama memulakan acara utama, mendendangkan dua lagu "Selamilah Cinta" dan "Cemburu". Ternyata, Amanda mempunyai peminat beliau sendiri di Singapura. Hakikat yang dapat dilihat dari sokongan padu dan gema sorakkan kuat yang diberikan kepada beliau ketika beliau melangkah masuk ke arena persembahan dan juga ketika beliau berinteraksi dengan penonton pada selang antara dua lagu tersebut. Ini disusuli pula oleh Merah – kumpulan Alternatif Rock dari Singapura sebelum para penonton sekali lagi membingitkan suasana dengan sorakkan dan tepuk gemuruh tatkala munculnya kumpulan Sofaz. "Salahku", "Bukan Di Sini", "Janjiku" dan "Dan Bila Esok" membuatkan para penonton sing-a-long bersama Amir. Ternyata Sofaz mempunyai following yang kuat di Singapura! Diharapkan akan ada promoter konsert di Singapura yang akan membawa Sofaz kembali sekali lagi bagi menjayakan konsert solo mereka pula.

Persembahan Sofazr

Sebuah band baru dari Bandung, iaitu Kichi Band pula mengambil tempat di arena. Persembahan awal mereka tergendala sebentar akibat kerosakkan teknikal dan disambung semula hampir 20 minit kemudian.Waktu yang tergendala tersebut telah digunakan oleh penganjur untuk membawa One Nation Emcees dan Dayang Nurfaizah turun ke bawah menemui peminat untuk bergambar dan beramah mesra. One Nation Emcees turut memberikan CD-CD album mereka "Psiko" secara percuma kepada para peminat mereka. Berbalik kepada Kichi Band, mereka menjadi artis di bawah pengurusan Superstars and Legends dan jika dilihat dari persembahan lagu-lagu yang dibawakan, ternyata mereka berupaya untuk maju lebih jauh lagi. Perancangan Superstars and Legends untuk mengetengahkan artis-artis di bawah naungan mereka di Malaysia dilihat satu langkah positif dan bakal memihak kepada band Indo-Rock seperti Kichi Band dimana muzik sedemikian memang mempunyai penerimaan meluas di Malaysia. Bagi mereka untuk mengecapi kejayaan seperti yang pernah dikecapi oleh Sheila-On-7, Padi mahupun Dewa 19nmendominasi industri muzik di Malaysia,ini hanya menanti masa sahaja.

3

Sorakkan yang terkuat nampaknya dilepaskan oleh para penonton buat Dayang Nurfaizah, penampilan yang amat dinanti-nantikan pada malam tersebut. Bertaraf diva, berbekalkan 9 album, penyanyi RnB kesayangan ramai itu pastinya merupakan artis paling berprofil tinggi yang ditampilkan di Muzik FM pada malam itu. Sayangnya hanya 3 lagu yang sempat dikongsi Dayang kepada para peminat beliau. "Sayang", "Seandainya Masih Ada Cinta" dan "Perlukan Cinta" dibawakan dengan penuh semangat oleh Dayang yang nyata tidak ingin menghampakan peminat beliau sejauh Singapura. Seterusnya One Nation Emcees pula mengambil alih pletform acara. Merupakan kali ketiganya beraksi di Singapura, One Nation Emcees amat menghiburkan. Menyanyi dan menari pada waktu yang sama, bukanlah perkara mudah sebenarnya, namun trio Mimi, Zydee dan Jojoe mempamerkan erti pengalaman kepada para penonton. "Psiko" dan "Raja Gelek" antara lagu wajib yang menjadi sajian buat halwa telinga para penonton. Satu-satunya wakil hip-hop di Muzik FM!

Persembahan One Nation Emcees

Walaupun malam semakin pekat dan dingin, dan masa juga sudah melewati waktu tengah malam, para penonton tidak juga berganjak menantikan headliner acara atau pesta seperti dijanjikan oelh penganjur. Kotak – grup Pop-Rock dari Indonesia membedal segala jiwa yang ada dengan muzik serta persembahan yang agresif pada lagu-lagu rancak mereka. Mereka juga bijak mencipta suasana hening pada penyampaian lagu-lagu balada. Kemantapan kawalan vokal Tantri menjiwai setiap lagu yang disampaikan mendapat penghargaan daripada para peminat Kotak. Dengan sistem bunyi yang agak terhad akibat pertukaran lokasi dari pentas besar ke pletform, kemampuan Kotak menghasilkan sound yang padat adalah sesuatu yang menakjubkan dan membuktikan bahawa mereka bukannya calang-calang band yang wujud di rantau ini.

Muzik FM berakhir hampir jam 1.00 pagi. Berakhir jua satu hari yang panjang, pesta outdoor terbesar di Singapura bagi muzik Melayu. Sekalung tahniah kepada penganjurnya Superstars and Legends (anak syarikat bagi Raistar – nama gah di dalam industri penganjuran konsert di Singapura). Walaupun berada pada situasi yang tertekan pada awal acara, yang terbit dari pertukaran lokasi konsert pada saat-saat akhir dan kemudiannya menyebabkan keterlewatan acara bermula, berkat kerjasama dan kesabaran semua pihak yang terlibat dan keupayaan menarik hampir 2000 penonton menyaksikan acara gemilang tersebut, Muzik Festival Melayu adalah satu sukses! Sukses bagi muzik Melayu secara amnya! Pastinya ini menjadi landasan positif bagi Superstars and Legends dalam mengendalikan konsert-konsert sedemikian pada masa akan datang. Adalah difahamkan bahawa Muzik Festival Melayu berkemungkinan akan dianjurkan di Malaysia pula pada tahun 2013, pastinya pada skala yang lebih besar lagi.

Kami dari pihak ME! Portal Infotainment Alternatif juga amat berterimakasih kepada Superstars and Legends dan Raistar kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada wakil-wakil media kami di Singapura dalam membuat liputan Muzik FM. Sikap professionalisme anda dalam berinteraksi dengan media seperti kami adalah amat terpuji. kredit: http://meportal.net

1

4

5

0

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Muzik Festival Melayu di Marina Barrage
  • FESTIVAL MUZIK KUALA LUMPUR 2008
  • Konsert Pertama Rossa di Esplanade Singapura
  • Konsert Gambus Tradisional Ke Fusion
  • SHAMSUL ZIN
  • Konsert Alam Zainal Abidin Bakal Hiburkan Zoo Negara
  • Photo Red Carpet Busan International Film Festival 2011
  • Profile Rina Akademi Fantasia 6
  • Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?
  • Konsert Ella di Istana Budaya
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan