Nuffnang

Jumaat, 10 Februari 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Berita | <b>Misha Omar</b> Sudah Rakam 4 Lagu Untuk Album Baru <b>...</b>

Posted: 23 Nov 2011 10:31 AM PST

Walaupun sudah lama menyepi tanpa banyak publisiti tetapi nama Misha Omar tetap kukuh dalam kelasnya yang  tersendiri. Walaupun tiada lagu baru yang dirakamkannya, namun Misha tidak pernah berundur dari dunia hiburan.

Dalam diam-diam, Misha kini sedang dalam proses menyiapkan album keempat yang mungkin berada di pasaran pada awal tahun depan.

Katanya dalam Akhbar Kosmo:

"Sebanyak empat buah lagu sudah dirakam. Saya masih dalam perbincangan tentang strategi promosinya, mungkin akan dimulai dengan pelancaran single terlebih dahulu," kata Misha yang menggunakan khidmat Datuk M. Nasir sebagai penerbit eksekutif album studio keempatnya itu.

Dirakamkan sepenuhnya di Studio Luncai Emas, album itu dijangka memuatkan lapan buah lagu baru termasuklah Angin Syurga, Indah dan Maharani.

Sumber: Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan