Nuffnang

Khamis, 23 Februari 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> - Saya Tidak Pernah Letak Harga

Posted: 04 Feb 2012 09:04 PM PST

gadis seksi

Nur Fathia Abd.Latif atau Fathia, 24 baru 2 tahun melibatkan diri dalam dunia hiburan, namun pelbagai kontroversi melanda Fathia. Sebelum ini, hangat diperkatakan Fathia membaling telefon bimbit kepada pengarah drama bersiri, Stanza Cinta.

Baru-baru ini pula, Fathia dikaitkan dengan isu 'letak harga' dimana Fathia meminta harga yang tinggi untuk berlakon sehingga namanya digugurkan daripada membintangi satu filem.

Namun, Fathia memberitahu pada Harian Metro, dia tidak berkecil hati malah langsung tidak marah tentang dakwaan tersebut.

Baru dua tahun saya bergelar anak seni memang banyak perkara yang perlu saya pelajari. Saya tidak menganggap apa yang ditulis wartawan itu sebagai satu kecaman, tetapi lebih kepada teguran untuk saya memperbaiki diri dan menjadi lebih baik

Soal letak harga yang diperkatakan itu sebenarnya membabitkan pihak penerbitan filem terbabit dan pengurus saya. Sebagai pelakon, saya hanya melaksanakan tugas diberikan. Jumlah bayaran pula dirasakan bersesuaian sebagai upah pekerjaan dilakukan, jadi pada saya ia tidak seharusnya menjadi isu besar.

Hakikatnya, saya tidak pernah meletak harga setiap kali diberikan tawaran malah ia bersesuaian dengan kerja dilaksanakan. Perkara itu turut diketahui kebanyakan produksi yang pernah bekerjasama dengan saya

Fathia mengatakan dia sukar untuk menerima tawaran berlakon kerana peperiksaan akhir berlangsung sama ketika waktu pengambaraan,

Dalam waktu sama sewaktu tawaran membintangi filem itu datang, saya berdepan dengan ujian semester akhir dan penggambaran filem itu juga mahu dilakukan dalam tempoh itu

Sudah tentu saya tidak dapat memberikan komitmen. Bagaimanapun apa yang berlaku sebaliknya apabila saya dikatakan minta harga tinggi. Itu saja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang cuba digembar-gemburkan ini

perempuan seksi

Inginkan lelaki yang ikhlas menyintai saya

Selain hangat diperkatakan mengenai isu 'naik harga', ada cerita yang mengatakan Fathia bercinta dengan seorang ahli perniagaan. Perkenalan mereka dikatakan bermula 3bulan yang lalu selepas dikenalkan oleh rakannya.

Fathia tidak menafikan semua itu tetapi mengatakan dia dan jejaka yang dimaksudkan itu tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa. Katanya, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang rakan. Mereka juga sudah mengenali antara satu sama lain sejak enam tahun yang lalu.

Mungkin ramai yang akan menganggap kenyataan saya berikan ini cuba mengelak. Tapi inilah kenyataannya. Saya tidak pernah berbohong mengenai soal hati dan perasaan.

Tidak salah untuk kita berkawan dan cuba mengenali hati budi, tetapi ada ketikanya kita sendiri boleh berasakan sama ada orang yang datang dalam hidup kita sesuai menjadi kekasih mahupun sekadar kawan

Tegas Fathia, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan komitmen memandangkan kerjaya seninya baru hendak bermula. Waktu sama, pengajiannya juga belum lagi selesai dan dia tidak mahu soal cinta dan teman lelaki akan mengakibatkan dia gagal untuk mengimbangi kedua-dua perkara terbabit yang dianggap penting dalam hidupnya buat masa ini.

Tambahan pula jelas Fathia, walaupun kelak sudah menamatkan pengajian dan sibuk berlakon, dia tetap mahu menyambung pelajarannya dengan mengikuti latihan dalam kamar bagi mendapatkan lesen untuk bergelar peguam. Selepas itu, barulah soal cinta dan hidup berumahtangga akan difikirkan.

Fathia turut menafikan dia hanya berkawan dengan mereka yang berkedudukan kerana baginya perkara itu belum tentu menjanjikan kebahagiaan.

Sebagai seorang wanita, saya perlu bijak dalam mengatur hidup. Kalau hidup mewah tetapi tidak bahagia pun tidak berguna. Saya mencari orang yang benar-benar ikhlas dalam menyayangi diri saya dan bukan kerana paras rupa mahupun kedudukan saya sebagai artis

Percayalah kalau saya berada dalam situasi lain atau saya tidak dikenali, persepsi lelaki yang mahu datang dalam hidup saya mungkin berbeza. Seperkara lagi, saya sering ingat pesan seorang teman bahawa cinta sekadar nafsu sedangkan berumah tangga memerlukan lebih daripada itu.

Sebelum memberikan komitmen terhadap satu-satu perhubungan bersama lelaki, saya perlu diyakinkan bahawa dia akan mencintai saya sehingga akhir hayat dan mahu hidup bersama dan menyayangi antara satu sama lain walaupun dalam keadaan wajah sudah berkedut seribu

Rezeki untuk mereka yang mendirikan masjid akan dipermudahkan dan ia bergantung kepada kita untuk berusaha mendapatkannya," katanya.

Sumber daripada Harian Metro

Artikel Berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan