Nur Fathia - Google Blog Search |
<b>NUR FATHIA</b> PELAKON SOMBONG DAN TIDAK BERDISIPLIN Posted: 20 Feb 2012 02:07 PM PST Pasrah itu menyerah mungkin bait-bait kata ini sesuai untuk mengambarkan perasaan pelakon berwajah jelita ini,Fathia yang dikatakan sombong dan tidak berdisiplin ketika berada di lokasi penggambaran.Namun Fathia pasrah dengan apa yang dilaluinya sepanjang menceburi dunia seni tanahair Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff berkata, dia berasa pelik dan mempersoalkan mengapa dirinya dikatakan bersikap sedemikian sedangkan dia seorang yang begitu komited dalam hal karier.
Sejak Fathia popular menerusi drama Hani pada tahun lalu, dia dikatakan mula besar kepala dan tidak berdisiplin setiap kali berada di lokasi. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang itu turut berhadapan dengan isu kononnya bersikap kurang ajar dengan pihak produksi selain berani meletakkan harga yang tinggi untuk sesebuah watak yang ditawarkan. Bagaimanapun, tambah Fathia, keadaan itu membuatkan dirinya lali walaupun pernah berasa rimas dengan hal remeh tersebut. Ini kerana, dia tahu menjadi seorang pelakon menuntutnya untuk menerima apa sahaja kritikan yang datang dari luar walaupun hal tersebut tidak benar. Justeru itu, pelajar jurusan undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini berkata, dia tidak akan meneruskan karier lakonannya secara sepenuh masa kerana ingin memberi fokus dalam pengajian tersebut.
|
You are subscribed to email updates from Nur Fathia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan