Nuffnang

Sabtu, 25 Februari 2012

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


Munsyeed{Dot}Com 2011 » Saujana Duet Dengan <b>Shahir AF</b>?

Posted: 25 Feb 2012 05:36 AM PST

Saujana dan Shahir AF bergambar bersama rakan mereka, Wan Najran yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini

Pertama, pihak Munsyeed{Dot}Com ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6ixth Sense dan Saujana atas kejayaan lagu single terbaru mereka berjudul Penerang Hati yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan oleh para pendengar kebelakangan ini. Lagu ini sering diputar di stesen radio tempatan malah menjadi lagu tema OST untuk drama bersiri popular Vanila Coklat di TV3. Lagu yang dimuatkan dalam album Koleksi Nasyid Tersohor ini mendapat respon positif daripada pelbagai pihak khususnya pendengar nasyid.

Berbalik kepada tajuk berita ini, benarkah Saujana berduet dengan Shahir AF?

Saujana dan Shahir AF berduet sewaktu majlis resepsi Wan Najran Saujana.

Sebenarnya kumpulan Saujana telah berduet dengan Shahir dalam satu persembahan ad hoc yang tidak dirancang sama sekali sewaktu Majlis Resepsi Wan Najran dan pasangan, Adlina Aini Afifi baru-baru ini. Pertemuan yang cukup dramatik ini nyata memberikan makna tersendiri buat Wan Najran yang menjadi raja sehari pada hari tersebut dan buat ahli Saujana serta Shahir sendiri secara peribadi.

Shahir, 25, merupakan bekas ahli kumpulan Saujana sebelum beliau berhenti dan menyertai program realiti tv paling popular ASTRO, Akademi Fantasia Musim ke-8. Walaupun tidak sempat merakamkan album bersama dengan Saujana namun Shahir merupakan antara ahli Saujana yang aktif bersama dengan Saujana dalam memenuhi jemputan persembahan pentas.

Semoga ikatan ukhwah di antara mereka akan berkekalan dan mungkin satu hari nanti Saujana akan berduet dengan Shahir AF untuk lagu single akan datang… Siapa tahu kan?  Biar mereka yang merancang dan ALLAH SWT tentukan! Sebagai peminat, mari kita doakan! =)

-Munsyeed{Dot}Com

Gambar ihsan: Adlina Aini Afifi.

Tentang Penulis

Husaini Hussein menulis 204 artikel dalam blog ini.

Husaini Hussein, pengasas (Founder) Munsyeed{Dot}Com. Masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan Undang-undang. Seorang yang positif dengan pembaharuan, komited dengan kerja dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan