Nuffnang

Sabtu, 11 Februari 2012

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


GUA - BERITA ARTIS - <b>Ramlah Ram</b> Cerewet Pilih Protege

Posted: 11 Feb 2012 08:00 AM PST

Selepas berlangsungnya sesi uji bakat Mentor 6, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Tahir di mana hampir 1000 orang peserta hadir pada minggu lepas, kini tiba giliran penyanyi popular, Ramlah Ram pula memulakan misi pencarian protege beliau.

Bertempat di Dewan Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, seramai hampir 500 orang peserta hadir membanjiri uji bakat penyanyi lagu, 'Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu' ini, yang diadakan pada hari Sabtu bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

GUA berkesempatan untuk menjenguk sesi uji bakat kali ini. Apa yang boleh GUA katakan, ikon artis era 80-an ini dilihat begitu cerewet dalam memilih protegenya. Menjawab mengenai perkara tersebut, Ramlah ketika ditemui memberitahu, beliau bertindak sedemikian kerana kebanyakan peserta yang datang sememangnya berbakat besar.

"Tidak dinafikan rata-rata peserta yang datang boleh menyanyi dan berbakat besar. Sebab itu saya perlu memilih mereka yang benar-benar mempunyai kebolehan melontarkan suara dengan baik di samping mempunyai identiti tersendiri."

Menurut Ramlah lagi, selain kriteria vokal yang bagus dan tidak menjadi klon kepada mana-mana penyanyi yang sedia ada, kesungguhan serta minat peserta yang tinggi dalam bidang nyanyian juga amat dititikberatkannya.

"Bagi saya, sesiapa yang dianugerahkan 'range' yang besar, merupakan satu bonus untuk penyanyi itu bertahan dalam industri ini. Peserta yang mempunyai kebolehan menyanyi genre lain juga menyumbang ke arah pembentukan faktor X seseorang penyanyi itu. Kalau dapat semua kriteria yang dipilih, rezeki saya lah kali ini."

Ketika ditemui, Ramlah turut berkata, pemilihan lagu yang sesuai semasa uji bakat juga penting kerana ia memberikan gambaran awal akan potensi serta keupayaan seseorang peserta itu. Ditemani oleh Bob Yusof bagi membantunya dalam membuat pemilihan, pemenang Anugerah Juara Lagu 1988 ini mengakui akan membuat keputusan yang teliti dalam menentukan protege akhir beliau.

Apabila ditanya adakah beliau berhadapan dengan kesukaran sewaktu mengendalikan sesi uji bakatnya, Ramlah memberitahu, "Saya tidak sampai hati untuk memberitahu keputusan kepada peserta yang tidak berjaya kerana kesemua mereka menunjukkan kesungguhan yang tinggi.

"Apatah lagi ada yang datang dari jauh dan sanggup beratur panjang, jadi terasa berat untuk saya mengatakan tidak. Namun saya percaya, mereka yang tidak bernasib baik ini akan terus memperbaiki kelemahan diri seterusnya lebih bersedia pada masa akan datang."

GUA : Kebanyakan peserta yang hadir adalah peserta dari kampung, Ramlah iaitu Muar, Johor.

LIRIK LAGU SEANDAINYA <b>RAMLAH RAM</b> 2012

Posted: 04 Feb 2012 01:10 PM PST

Lagu seandainya nyanyian Ramlah Ram ini merupakan lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru beliau untuk tahun 2012.Selepas lagu Sesaat Kau Datang mendapat sambutan yang menggalakan dari peminat,kini Ramlah Ram akan muncul dengan single terbarunya di tahun 2012.Bagi menyemarakan lagi rasa keterujaan peminat menanti single terbaru preview lagu Seandainya ini telah dimuatkan di laman youtube


Lirik Lagu Seandainya Ramlah Ram 2012 LIRIK LAGU SEANDAINYA RAMLAH RAM NEW SINGLE

Lirik Lagu seandainya-Ramlah Ram

Seandainya aku tahu
Kau memiliki dia
Takkan mungkin aku
Datang kepadamu
Dan kau pula tidak mahu
Berterus-terang padaku
Sehingga diriku
Terjerat dengan dustamu

Kau buat ku terluka
Kau buat ku sengsara
Hingga ku tak mampu
Merasakan kehilangan cinta darimu
Dan kau pula membakarnya
Dengan bara kebohongan mu itu
Hingga aku lemah tidak berdaya

Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu..
Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..Oh..

Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

Cukup sudah semuanya kau kecewakan cintaku
Ku tak mungkin akan dapat memaafkanmu
Dan kini kau ingin meminta diriku
Untuk menerima dirimu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

Kau membuatku menjadi pilihan cintamu
Kau membuatku menjadi pilihan cintamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan