Aliff Aziz - Google Blog Search |
Tupai - Portal Hiburan Terkini: Anne selesa bersama <b>Aliff Aziz</b> Posted: 26 Mar 2012 09:30 PM PDT Mula berkenalan semasa di lokasi penggambaran drama "Antara Kita", Anne Ngasri dan Aliff Aziz masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Baru-baru ini pula telah tersebar satu khabar angin mengatakan keluarga Aliff sudah pergi merisik Anne. Anne mengesahkan khabar angin tersebut namun menafikan keluarga Aliff datang merisik. "Memang benar keluarga Aliff ada datang ke rumah kelurga saya. Tetapi kunjungan itu bukanlah seperti dikatakan. Tiada sesi merisik. mereka datang sebagai tetamu dimana terlanjur Aliff ada penggambaran ketika itu. Selain daripada itu, kami juga ingin merapatkan lagi hubungan di antara keluarga Aliff dan saya. Namun ketika kunjungan keluarga Aliff ke sini, saya tidak berkesempatan untuk berjumpa kerana berana di tanah suci mengerjakan umrah. "Mengenai status hubungan kami buat masa ini, tiada apa-apa yang saya boleh ceritakan kerana kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sejujurnya, saya amat selesa berkawan dengan Aliff," ujar Anne. "Bagi isu perkahwinan pula, saya rasa hubungan kami masih baru. Saya tidak mahu terburu-buru dan rasanya kami masih belum membincangkan perkara ini secara serius. Saya tidak mahu apa yang pernah terjadi sebelum ini terjadi lagi untuk kali kedua. Oleh yang demikian, pilihan kali ini saya perlu berfikir semasak-masaknya." Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri turut memberitahu bahawa dia tidak kisah jika sebelum ini Aliff banyak digosipkan dengan pelbagai cerita yang kurang enak. Padanya itu adalah kisah silam, semua manusia pernah membuat kesilapan. Kita tiada hak untuk menilai seseorang. Jika dari sudut pandangan peribadi saya, saya selesa berkawan dengan Aliff dan dia juga saya lihat amat menyenangi kehadiran anak saya." Sebelum itu, Anne yang pernah berkongsi hidup bersama seorang ahli perniagaan Abdul Wafi Hassan telah dikurniakan tiga orang anak lelaki. Namun hubungan kandas di tengah jalan selepas suaminya telah melafazkan talak cerai pada 25 Mac 2010. |
You are subscribed to email updates from Aliff Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan