Nuffnang

Jumaat, 30 Mac 2012

Amyza Aznan - Google Blog Search

Amyza Aznan - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: AL-KISAHNYA TENTANG <b>AMYZA AZNAN</b>

Posted: 23 Sep 2011 02:06 PM PDT


Al-kisah terbaru mengenai Amyza Aznan, beliau masih lagi mesra dan sibuk melayan karenah peminat-peminatnya tidak kira apa latar belakang mereka. Malah baru-baru ini, seorang pesakit leukimia menalifonnya untuk konfirmkan betul ke Erra Fazira ada membuat rumah terbuka.

Lebih menggelikan hati, Aznil Nawawi turut mengusik Amyza dengan bertanyakan "masih ikon anti denggi ke?? Terjumpa ni tadi atas jalan.. hehe," usiknya yang kemungkinan terjumpa risalah tentang Amyza dan denggi..

Dan dalam kemeriahan Amyza melayan karenah dan pertanyaan sana sini bagai pegawai perhubungan awam (PR), tiba-tiba Shamsung galaxy Tab yang amat disayanginya hilang. Maka menangis tak berlagu la akak kita ni... bukan murah-murah tab tu, mahu ribu juga tu..!

"Galaxy tab saya hilang tadi!!!!!!uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!" tulis Amyza dalam Twitternya mengadu pada peminat dan rakan.

Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur... lain kali hati-hati sikit sebab malang tak berbau. Yalah... mana tahu dalam kesibukan melayan peminat tu, tab tersebut kena cilok atau tercicir tanpa disedari... tak gitu?

Gambar terkini Amyza... klik untuk imej besar!

Photo: Amyza Twitt

PULAU (DOWNLOAD) | PEREKA CERITA

Posted: 27 Mar 2012 10:22 PM PDT

PULAU (TV9)
HARI: Rabu
MASA: 10.30
PELAKON: Sharifah Amani, Bront Palarae, Amyza Aznan, Fazlina, Natasha Hudson

DOWNLOAD DRAMA PULAU (TV9)
Pulau Episode 01 = DOWNLOAD
Pulau Episode 02 = DOWNLOAD
Pulau Episode 03 = DOWNLOAD
Pulau Episode 04 = DOWNLOAD
Pulau Episode 05= DOWNLOAD
Pulau Episode 06 =
Pulau Episode 07 =
Pulau Episode 08 =
Pulau Episode 09 =
Pulau Episode 10 =
Kredit: kepalabergetar

SINOPSIS DRAMA PULAU (TV9)
Pulau mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang telah memenangi pakej pelancongan ke Pulau Sanggar. Pelbagai cerita misteri tentang pulau ini telah didengari, namun adakah ia cuma khabar angin… atau adakah ia benar? Antara mereka yang mengikuti pelancongan ini adalah Yana (Sharifah Amani), seorang blogger terkenal yang sering mengupas tentang isu-isu semasa, Azri (Bront Palarae), seorang usahawan muda, Aqilah (Natasha Hudson), seorang pramugari, Noni (Amyza Aznan), Pali (Chomatt Samad) dan Pian Komando (Sufian Mohamed), krew bot dan Madam Zara (Fazlina Dato' Haji Ahmad Daud), pemilik agensi pelancongan tersebut.

Dalam perjalanan ke Pulau Sanggar, mereka menemui kemalangan yang menyebabkan bot mereka rosak lalu terdampar di pulau itu tanpa sebarang keperluan asas. Setelah mereka sedar, bot mereka tidak kelihatan lagi dan lebih mengerikan apabila mereka menemuimayat salah seorang daripada pelancong itu.

Mereka mula belajar cara hidup di hutan, menyedari hakikat yang mereka tidak boleh berhubung dengan dunia luar serta tiada makanan dan punca air yang bersih.. Lebih mengerikan ialah apabila seorang demi seorang daripada mereka mati dibunuh kejam tanpa mengetahui siapa pembunuh sebenar di antara mereka. Misteri pulau ini dan setiap kematian di situ makin lama makin terungkai apabila masing-masing yang masih hidup nampak signifikasi setiap kejadian yang berlaku.

Singkap misteri yang menyelubungi pulau ini di dalam drama Pulau menerusi slot 9X pada setiap hari Rabu jam 10.30 malam dan juga siaran ulangannya pada hari Ahad jam 10.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan