Nuffnang

Selasa, 27 Mac 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Temui <b>Erra Fazira</b> Untuk Tips Kecantikan Bersama Estee Lauder <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 12:09 AM PDT

Wajah yang kusam seringkali menjadi igauan ngeri wanita hari ini. Cuaca panas serta pemakanan yang tidak seimbang antara penyebab utama terhadap permasalahan tersebut. Mungkin, ia menjadi tanda-tanya kepada anda, bagaimanakah selebriti atau ikon tempatan dapat mengekalkan kejelitaan mereka.

Inginkan kulit yang cerah & mulus seperti Erra Fazira?

Duta jenama Estee Lauder, Erra Fazira akan berkongsi rahsia kejelitaanya bersama peminat pada 6 April bermula jam 9:30 pagi – 1 petang, atau dari jam 2 petang – 5:30 petang bertempat di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang.

Selain itu, anda berpeluang mempelajari cara-cara untuk memperolehi memperolehi kulit yang mulus, putih dan cerah berseri dengan menghadiri bengkel 'Any Time is Brightening Time' bersama Pakar Kulit Estee Lauder, Ms. Audrey Ang.

Rebut juga peluang ini untuk beramah mesra bersama para peserta, selain pertemuan eksklusif bersama pelakon yang kini memegang status sebagai seorang ibu.

Peluang keemasan hanya boleh didapati apabila anda mendaftar dengan membeli baucer bernilai RM150 dan menebusnya dengan produk-produk Estee Lauder di Parkson East Coast Mall. Penyertaan adalah terhad, dan anda juga berpeluang membawa pulang hadiah penyertaan bernilai RM60.

Info Produk Terbaru Estee Lauder

Berbekalkan falsafah Estée Lauder bahawa 'Setiap Wanita Mampu Miliki Kejelitaan', penggunaan mekap anda kini bermula dengan kulit yang lebih segar, cerah, licin, dan hasilnya kulit tampil kelihatan lebih cerah, licin dengan keanggunan seri dalaman yang lebih bercahaya.

Dihasilkan oleh pasukan Penyelidik Asia  Estee Lauder selaku pakar rawatan penjagaan kulit terbilang di dunia, Estee Lauder kini memperkenalkan mekap asas CyberWhite Brilliant Perfection Full Spectrum Brightening Makeup Base SPF 30/PA++ Terbaharu.

Produk terbaru ini juga diperteguhkan dengan teknologi berkesan pencerahan 'Full Spectrum Brightening' yang boleh didapati dalam produk CyberWhite Brilliant Cells Full Spectrum Brightening System dan CyberWhite Brilliant Perfection Full Spectrum Brightening Makeup Base SPF 30/PA++ Terbaharu.

Ia boleh mentransformasi penampilan kulit secara serta merta dengan bahan Brightening Synergy Complex Terbaharu, adunan canggih optik pemantulan cahaya dan pigmen lavender yang boleh mencerahkan kulit bagi menangani dengan segera masalah kulit yang nampak kusam dan tidak bermaya.

Formula bendalir dan halus yang sangat berkesan dan tidak berminyak ini terasa sangat lembut lagi licin apabila disapu pada kulit bagi  memberikan salutan kemasan separa pusam yang bercahaya.

Produk ini harus digunakan selepas penggunaan CyberWhite Brilliant Cells Full Spectrum Brightening System dan sebelum CyberWhite Brilliant Perfection Brightening Powder Makeup SPF 25/PA+++ atau CyberWhite Brilliant Perfection Advanced Brightening GelCreme Makeup SPF 21/PA+. Langkah yang betul akan dapat menghasilkan kesempurnaan muktamad dengan kulit yang tampil kelihatan cerah bersih dan sinar yang berseri-seri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan