Nuffnang

Selasa, 27 Mac 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Siapakah Diana Nasir Di Hati <b>Fizo Omar</b>? |

Posted: 27 Mar 2012 08:23 AM PDT

Lama tak mendengar cerita tentang salah seorang jejaka kacak di dunia hiburan Malaysia iaitu Fizo Omar. Selalu kalau ada cerita mengenai Fizo pun time puasa dan raya. Sebabnya tak lain tak bukan kerana Fizo kan ada jual serunding Fizo Omar yang sungguh lazat. Jarang sungguh kita mendengar gosip percintaan Fizo Omar ini. Namun sebentar tadi Abang Nara ada menerima satu email yang mengepilkan 2 gambar Fizo Omar bersama Diana Nasir.

fizo omar dan diana nasir

Untuk makluman, Diana Nasir adalah kakak kepada Anzalna Nasir, salah seorang peserta Dewi Remaja yang semakin popular sekarang ini. Abang Nara tengok Fizo dan Diana ini memang sama cantik sama padan. Namun tak tahulah pulak apa hubungan mereka berdua. Mungkin sekadar kawan.

fizo omar dan diana nasir

Namun Abang Nara dapat rasakan aura percintaan apabila membaca tweet-tweet Diana Nasir. Antara contohnya seperti di bawah:-

fizo omar dan diana nasir

Mungkin tanda "love" di atas adalah sekadar suka-suka. Maklumlah dunia twitter kan banyak dengan perkara yang agak mengarut. Namun bagi Abang Nara tak salah pun kalau Fizo betul-betul bercinta dengan Diana Nasir. Sampai bila nak membujang kan? Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Fizo Omar</b>, Almy Nadia & Mia Sara Bersatu Dalam Drama “Cinta <b>...</b>

Posted: 26 Mar 2012 06:21 PM PDT

Pelakon tampan Fizo Omar dan aktres lincah, Almy Nadia akan bersatu sebagai pasangan suami isteri dalam CINTA BUAT EMELDA", drama terbaru di slot Aksia bermula 26 Mac 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 24 episod arahan Ismail Bob Hashim ini juga menampilkan pelakon cilik popular, adik Mia Sara Nasuha sebagai Dania.

Diadaptasi dari novel 'Kasih Antara Kita', drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di benak fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, 'Papa'. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril Fatah menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril Fatah mengenai kehidupan silamnya 7 tahun lalu? Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya?

Foto: <b>Fizo Omar</b> Bercinta Dengan Kakak Anzalna Nasir? | OHBULAN!

Posted: 27 Mar 2012 08:57 PM PDT

Terkejut OHBULAN! bila mendengar khabar angin yang bertiup dari blog-blog hiburan mengatakan bahawa Fizo Omar sedang bercinta dengan kakak salah seorang selebriti jelita Malaysia, Anzalna Nasir.

Apa tidaknya, memang diakui, Fizo Omar jarang dikaitkan dengan gosip-gosip cinta walaupun dia memiliki wajah yang tampan dan badan yang "super-nyumnyum". Namun kali ini, sebuah blog hiburan telah menyiarkan 2 keping gambar dipercayai diambil ketika acara Formula 1 Grand Prix yang berlangsung baru-baru ini di Sepang.

2 keping gambar tersebut menunjukkan Fizo Omar dan kakak Anzalna, Diana Nasir kelihatan ceria dan selesa bergambar bersama. Fizo Omar pula hanya memakai baju 'Superman', biasalah duta produk Superman kan.

Apa yang pasti, jika benar Fizo Omar dan Diana Nasir mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan, maka tak salah jika cerita ini diuar-uarkan. Apa salahnya berkongsi berita baik? Kita nantikan pula jawapan dari Fizo Omar sendiri selepas ini ya!

OHBULAN! : Macam Kim Kardashian pun ada Diana Nasir ni kan?

Sumber : Beautifulnara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan