Nuffnang

Rabu, 28 Mac 2012

kumpulan Jinbara - Google Blog Search

kumpulan Jinbara - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Jinbara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Mar 2012 01:32 PM PST


3000 gamatkan malam puisi | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 09 Mar 2012 05:10 PM PST

GAMBANG: 10 Mac – Lebih 3,000 penonton membanjiri Malam Puisi Riong Berita Harian (BH)-Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang, di sini, malam tadi.

AKSI Daing Nasir ketika mempersembahkan puisi pada Malam Puisi Riong BH-UMP 2012 di Gambang, Kuantan, malam tadi.

Acara bertema 'Menjana Minda Mentransformasi Belia: Suara Hati Generasi Muda' itu menampilkan persembahan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dengan puisi Wasiat Perjuangan dan Pengarang Pendidikan Berita Harian, Muhd Yusuf Abu Bakar dengan puisi Wajah Pemuda.

Pentas Malam Puisi Riong BH-UMP dibuka dengan persembahan oleh penggiat seni Pahang, Roslan Madun, menerusi sebuah lagu puisi berjudul Inong-inong sebelum pelawak terkenal tanah air, Sabri Yunus, mengambil alih pentas sebagai pengacara majlis seterusnya menggamatkan suasana dengan mendeklamasikan puisi humor berjudul Mat Three Four.

Pentas seterusnya menyaksikan persembahan syair oleh penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004, Dr Zurinah Hassan berjudul Selamatkan Anak-anak Kita; gurindam oleh Penerima Anugerah SEA Write 2005, Abdul Ghaffar Ibrahim (Gurindam Negara Bijak) dan Teromba oleh Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Mohd Rosli Saludin (Wahai Anak Muda).

Acara dihangatkan dengan persembahan Juara Akademi Fantasia 2011, Hazama dan vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia disusuli persembahan juara rancangan realiti Imam Muda Musim Kedua, Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, yang menyampaikan persembahan monolog selain persembahan penulis dan penyanyi lagu puisi, Wani Ardi.

Tidak ketinggalan mendeklamasikan puisi dalam acara itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UMP (Akademik), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz; Penolong Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni universiti berkenaan, Prof Dr Yuserrie Zainudin dan wakil Majlis Belia Malaysia (MBM), Ifhamuddin Mohamed.

Acara yang turut mendapat kerjasama MBM dan Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) itu turut dianjurkan sebagai sebahagian program pengisian sambutan ulang tahun ke-10 UMP yang disambut pada tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen