Nuffnang

Khamis, 19 April 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Pengakuan Cinta <b>Alyah</b> Malam Ini

Posted: 18 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2012: Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk Alyah yang kini dikhabarkan sedang bercinta dengan pemuzik hebat negara, Datuk Ramli MS.

Menerusi segmen Mulut Murai dalam program hiburan dan gosip Propaganza, ejen Murai, Ajieb telah berjaya menemui peserta Mania, Alyah yang dikatakan sudah hampir menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Persoalannya, adakah benar dan Ramli MS merupakan calon pengantin lelaki yang dimaksudkan itu?

Dalam pencarian jawapan itu, Alyah telah menceritakan hubungan sebenar dia bersama Ramli MS.

Sungguhpun pada asalnya, Alyah merasakan persoalan ini lebih ke arah privasi, namun, Alyah tidak menolak dakwaan dia sedang berkawan dengan pemuzik tersebut.

Malah, Alyah yang sudah dua minggu berturut-turut memukau hati Ahmad Dhani dalam Mania ada memberi gambaran sebenar titik permulaan perhubungan itu.

Dalam masa yang sama, Alyah juga tidak segan menjawab persoalan yang dia sudah membawa Ramli berjumpa orang tuanya.

Jangan lupa ketahui jawapan sebenar dalam episod ke-5 (ulangan), Propaganza yang akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104), jam 10 malam ini.

Usah ketinggalan untuk menyaksikan fesyen yang Stailista dan Opss menerusi segmen Stailista yang dikendalikan Detektif Stailista, Ayie Ali sempena berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, baru-baru ini.

Siaran langsung Propaganza episod enam akan ditayangkan pada 22 April ini (Rabu), pada jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan