awi rafael - Google Blog Search |
<b>Awi Rafael</b> Anggap Malaysia Tempat Berkarya Posted: 16 Apr 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks Oleh Kheme Rosly khemerosly@yahoo.com Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR 16 APRIL 2012: Selepas Chaq tersingkir minggu lepas, kini giliran Awi Rafael pula meninggalkan galaksi Mania juga di bawah empayar pimpinan Aubrey Suwito. Namun begitu seorang lagi anak didik Aubrey Suwito iaitu Jac telah menduduki tangga teratas dengan 14 peratus undian. Awi Rafael yang berasal daripada Singapura, melahirkan rasa terima kasih kepada industri muzik Malaysia yang telah memberikannya peluang untuk berkarya di negara ini. "Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menembusi pasaran dan membina nama di Malaysia. Negara ini menghargai semua bakat yang ada, tidak kira dalam bidang apa pun dan dari mana datangnya anda. Jika berpotensi pasti anda akan diterima. "Saya sudah melakukan yang terbaik walaupun sebenarnya saya masih belum puas beraksi di Mania untuk mengetengahkan lagi bakat saya. "Tetapi dengan latar belakang muzik sebagai seorang penyanyi jalanan, untuk sampai ketahap ini ia sudah cukup membanggakan dan saya berharap ia menjadi inspirasi buat penyanyi-penyanyi baru yang lain," ujar Awi Rafael yang mahu menyanyikan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud jika masih bertanding di dalam Mania. Menurut Awi lagi, usia karjayanya di Malaysia yang baru mencecah setahun membuktikan muzik taruhannya ada peminat tersendiri. M.Nasir dan Ahmad Dhani juga mengatakan bahawa persembahan Awi pada malam konsert Mania itu bagus. Namun mungkin kerana pertandingan ini ditentukan dengan SMS jadi ia tidak berpihak kepada Awi. Ahmad Dhani juga berkata jika ada peluang dia akan membawa Awi Rafael ke Indonesia untuk mencari tapak di industri muzik di sana. |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan