Lisdawati - Google Blog Search |
<b>LISDAWATI</b> TETAP PERHATAN SUAMI | MummyNemo Posted: 04 Mar 2012 05:45 PM PST ![]() BUKAN sekali dua suaminya terkena gosip liar dan kontroversi. Sekali lagi rumah tangga pelakon terkenal Lisdawati, 32, dan suaminya, Fauzi Nawawi, 38, berdepan dengan ujian getir apabila tersebar gosip di Internet suaminya dikatakan ada kekasih gelap, baru-baru ini. Namun, pasangan suami isteri ini lebih suka bersikap matang dan tidak ingin cepat melatah. Mereka percaya gosip nakal terbabit hanya ingin menguji kebahagiaan rumah tangga mereka. Apapun yang terjadi, Lisda akan mempertahankan suaminya itu. Hakikatnya, rumah tangga Lisdawati dan Fauzi yang dibina empat tahun lalu tetap bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Nur Aini Farhana, tiga tahun setengah dan Nur Aina Fazneesya, dua tahun dua bulan. Kasih mereka tambah kukuh dan persefahaman semakin menebal. Bagi Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, dia hanya mahu menjadi isteri yang taat. Itulah bukti cinta seorang isteri terhadap suaminya yang juga ayah kepada anak-anaknya. Dalam Islam juga, seorang isteri memang dituntut untuk menjaga aib dan nama baik suaminya. Bukan saja sentiasa berdiri teguh di belakang suami, Lisdawati cukup mengagumi bakat besar suaminya sebagai pengarah dan pelakon lagak ngeri untuk pelbagai drama dan filem. Dia juga mahu menjadi pelakon yang lasak cuma tidak mendapat peluang. Selain itu, Lisdawati ingin mendalami ilmu lagak ngeri (stunts) yang memang sudah sebati dalam diri Fauzi, sejak dulu lagi. Fauzi sedang mengarahkan filem pertamanya berjudul Pak Pong. "Apabila mendapat tawaran berlakon filem Pak Pong, saya berazam untuk buat dengan bersungguh-sungguh agar lakonan saya hidup. Saya sudah lama kenal Fauzi iaitu sejak dia menjadi pelakon lagak ngeri lagi. Dia memang selalu melakukan aksi berbahaya. "Insya-Allah, saya akan buktikan kepada semua peminat, saya tidaklah 'selembut' yang mereka sangkakan selama ini. Bagi meningkatkan stamina, saya juga kerap ke gimnasium untuk bersenam demi menjayakan babak lagak ngeri dalam filem," katanya. Berkongsi pengalamannya berlakon dalam karya sulung sentuhan suaminya itu, kata Lisdawati, dia menimba ilmu baru sepanjang penggambaran filem itu, baru-baru ini. "Saya baru selesai menjayakan babak dalam filem Pak Pong yang membabitkan tempoh lima hari saja. Saya pegang watak jahat sebagai jin tanah dan hanya buat dua babak saja termasuk pertarungan dengan orang bunian. "Watak saya kecil saja tapi ia tetap memainkan peranan penting dalam filem ini. Saya juga perlu berlatih buat lagak ngeri untuk menjiwai watak berkenaan. "Pada masa sama, saya juga ingin buktikan kepada orang, di sebalik imej lemah lembut ini, saya sebenarnya wanita lasak dan setanding dengan lelaki. Saya juga jadikan pelakon filem Underworld, Kate Beckinsale sebagai idola saya dalam lakonan," katanya. Lisdawati juga menghadapi cabaran besar dalam menjiwai watak diserahkan dalam filem itu. "Saya akui ia memang sukar kerana watak jin tanah itu sungguh lasak. Saya pernah terjatuh dan terhentak kepala ketika asyik belajar buat babak lagak ngeri dengan sepasukan lagak ngeri yang diketuai Fauzi selama tiga minggu. ![]() |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan