Nuffnang

Ahad, 29 April 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Diana Amir</b> Tak Mahu Promosi Lakonan Sendiri <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2012 08:59 PM PDT

"Saya ada lima filem yang ditayangkan selepas saya memakai tudung. '3 Temujanji 'adalah filem ketiga selepas Keramat dan '7 Petala Cinta'.  Selepas ini filem 'PE 3' dan 'Janda-Jandaku Gangster 'pula akan menemui peminat. Sejujurnya saya memang rasa malu melihat lakonan saya dalam filem-filem tersebut, terutamanya ketika saya mengenakan pakaian seksi. Rasa malu hendak berhadapan dengan peminat. Tapi, saya harus pandang ke hadapan kerana perkara itu berlaku sebelum saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya harap peminat boleh memahami situasi sebenar. Apa yang mereka lihat itu adalah Diana Amir yang dahulu, bukan sekarang ini," ulas Diana Amir ketika ditemui di majlis pratonton filem '3 Temujanji' baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, graduan Universiti Sains Malaysia ini mengakui dia sebenarnya tidak mahu terlalu mempromosikan filem-filem yang dilakonkan sebelum dia bertudung. Ini kerana dia tidak mahu peminat melihat penampilannya.

"Secara peribadi, saya memang kurang bercakap tentang filem-filem lakonan saya sebelum ini. Sebabnya, saya tidak mahu orang melihat penampilan saya yang tidak menutup aurat. Bagaimanapun, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri kerana projek ini sebelum saya berubah imej. Saya harus menghormati pihak produksi.  Pihak produksi juga memahami situasi saya.  Selain memberi kelonggaran untuk tidak mengikuti semua aktiviti promosi, mereka juga bersetuju tidak meletakkan gambar saya di poster '3 Temujanji' ini. Saya hanya perlu buat temubual dengan  pihak media cetak sahaja," ujar Diana lagi.

Sementara itu, Diana juga sempat berkongsi kisah suka-duka yang ditempuhi selepas bertudung. Ujar pelakon ini, hidupnya kini lebih tenang dan kini mengikuti beberapa kelas agama untuk memperbaiki kelemahan diri dalam ilmu agama.

"Saya tidak pernah menyesal atau tertekan selepas mengambil keputusan bertudung. Memang tawaran berlakon berkurangan, tetapi saya tidak melihat perkara itu sebagai masalah besar. Saya percaya rezeki terletak di tangan Allah. Jika Dia mengizinkan, pasti tawaran berlakon itu akan datang. Ini adalah pilihan saya dan saya tidak akan berpatah balik. Saya tidak kisah dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak yakin dengan perubahan ini, asalkan saya tahu apa yang saya lakukan. Saya anggap kekurangan tawaran berlakon ini sebagai ujian Allah," ujar Diana yang mengharapkan sokongan peminat.

Untuk tahun ini, Diana sudah terlibat dengan tiga buah filem bersama MIG iaitu 'Salam Cinta', 'Strawberi Cinta' dan 'Aku Terima Nikahnya'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan