Nuffnang

Ahad, 29 April 2012

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Farawahida</b> Buat Lamaran - Gua.com.my

Posted: 25 Apr 2012 09:00 AM PDT

Agak lama tidak mendengar khabar penyanyi yang popular dengan lagu 'Jangan Tanya Aku Lagi' ini.Diam bukan bermakna tidak melakukan apa-apa tetapi ada perkara yang sedang di usahakan. GUA bertemu dengan penyanyi ini ketika majlis pelancaran pertandingan Bintang RTM 2012, di Angkasapuri baru-baru ini.

"Kisah lama saya ingin tutup rapat-rapat, jika boleh janganlah di tanya lagi," ujar Fara penuh mesra seakan mengerti apa yang ingin GUA tanyakan.

Menyentuh mengenai perkembangan terbaru, penyanyi bersuara lunak ini memberitahu yang dia sebenarnya sedang mencari komposer muda yang sudi berkongsi karya dengannya.

"Saya sedang mencari seorang komposer yang mempunyai koleksi-koleksi lagu yang kena dengan jiwa saya. Tidak semestinya dia orang lama dalam industri ini. Jika karyanya menepati citarasa saya, saya tidak ada masalah untuk berkerjasama. Jadi, saya amat mengalu-alukan komposer di luar sana untuk tampil berhubung dengan saya," ujar Fara memberi jaminan.

Ini adalah projek terbaru Fara untuk menghasilkan single kedua, selepas single pertamanya, Jangan Tanya Aku Lagi, diterima baik.

Bercerita tentang perjalanan hidupnya ketika ini, Fara mendedahkan dia kini hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dan tidak mahu memikirkan perkara yang remeh-temeh.

"Hidup saya sekarang ini hanyalah ingin bekerja dan fokus kepada kerjaya. Disiplin adalah
perkara paling penting dalam hidup dan sentiasa saya amalkan. Bukan ingin bermegah diri tetapi setiap tugasan yang saya terima pasti saya laksanakan dengan sebaik mungkin tanpa menyusahkan pihak kedua. Memang itu pegangan saya dari iaitu sebelum bergelar artis rakaman lagi. Mungkin sudah terbiasa dengan disiplin yang abah tetapkan ketika menyanyi di merata-rata tempat di sekitar Taiping," ujar Fara bersemangat.

Dalam masa yang sama, Fara juga memberitahu yang dia kini mendebar-debar untuk mengetahui maklum balas peminat terhadap filem lakonannya yang pertama, 'Baik Giler' yang akan ditayangkan pada Jun hadapan.

" Ini pengalaman pertama saya berlakon secara serius di hadapan kamera, jadi perasaan gugup sangat kuat di hari pertama di set penggambaran. Tetapi syukur semuanya berjalan dengan lancar apabila mendapat bantuan daripada rakan-rakan pelakon senior. Berdebar juga menunggu reaksi penonton. Harap-harap positiflah ya," ulas Fara lagi.

Buat Bisnes

Bercerita tentang perancangan masa depan, penyanyi hitam manis ini tanpa berselindung mengakui yang dia kini menyimpan impian untuk membuka perniagaan sendiri sebagai jaminan di masa hadapan.
"Saya terfikir untuk menceburi bidang perniagaan yang berasaskan makanan. Bagaimanapun, saya perlu kukuhkan aspek kewangan terlebih dahulu. Apabila semuanya sudah sedia, saya akan war-warkan kepada umum," ujar Farah.

Sama seperti artis-artis yang lain, Fara juga mengharapkan perjalanan kerjaya dan kehidupan akan bertambah lebih baik lagi selepas ini.

"Saya sentiasa berdoa supaya perkara-perkara baik sahaja akan berlaku di dalam hidup saya. Semoga tahun 2012 ini memberi lebih sinar kepada saya," ungkap Fara mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan