Fida Ibrahim - Google Blog Search |
- Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b>
- <b>Fida Ibrahim</b> nafi berkahwin | Jendela Hidup
- Pilihan Anda!: <b>Fida Ibrahim</b> pula jadi isteri VIP nombor dua?
Bekas Kekasih Mamat (Sepah), <b>Fida Ibrahim</b> Nafi Nikah Dengan VIP <b>...</b> Posted: 23 Apr 2012 11:25 AM PDT Kepada para peminat Mamat dari kumpulan Sepah yang hanya tinggal nama saja, anda pasti mengenali siapa Fida atau Rafidah Ibrahim ini. Untuk yang masih belum tahu, Fida adalah juara Bintang Pantene 2007 dan juga sepupu kepada diva tanahair, Dato' Siti Nurhaliza. Terbaru, khabar angin yang bertiup secara tiba-tiba telah menyebabkan nama Fida kembali menghiasi tabloid-tabloid dan laman gosip tempatan apabila Fida dipercayai telah berkahwin dengan seorang VIP secara diam-diam. Dikhabarkan, VIP tersebut adalah seorang usahawan dan yang paling mengejutkan ialah Fida dituduh menjadi isteri kedua VIP tersebut. "Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku." – dipetik dari mStar Online. Sebelum ini, Fida pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan seorang VIP yang telah dikenalinya lebih 2 tahun lalu dan pengakuan ini dibuat selepas Fida memutuskan hubungannya bersama Mamat (Sepah) melalui laman gosip tempatan. Apa yang pasti, OHBULAN! sudah beberapa kali berjumpa dengan Fida dan daripada keperibadian yang ditunjukkan oleh Fida, OHBULAN! percaya Fida bukannya seorang yang tahu membohong. Kami percaya, Fida ini lurus orangnya. Anda rasa? Sumber : mStar Online |
<b>Fida Ibrahim</b> nafi berkahwin | Jendela Hidup Posted: 23 Apr 2012 08:39 AM PDT Lama betul tak dengar cerita Fida selepas tahun lepas hot dengan kisah dia dan Mamat Sepah. Hari ni terbaca di dalam Mstar penafian beliau telah pun berkahwin dengan seorang VIP berstatus suami orang. Hmmm kalau dah tuan punya badan nafikan, maknanya tak benar la tu berita tu. Lagipun menurut Fida, tarikh yang dikatakan mereka bernikah tu, Fida sedang sibuk menjalankan penggambaran. Semoga berita ini tidak benar la ...bukan apa, sukar sebenarnya menjadi isteri kedua, ketiga, keempat....banyak sangat kerenah dan ragam yang kena hadapi. Jadi, pada sesiapa pun jua, fikir-fikirkanlah sepanjang lebuhraya PLUS atau mana-mana lebuhraya kalau ada niat nak kahwin dengan suami orang, takut tak tahan dengan dugaan . Selamat Maju Jaya untuk Fida. |
Pilihan Anda!: <b>Fida Ibrahim</b> pula jadi isteri VIP nombor dua? Posted: 23 Apr 2012 04:34 PM PDT 7:34 AM | Posted by Desperado PETALING JAYA: Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) menepis sekeras-kerasnya dakwaan terbaru kononnya dia sudah bernikah secara senyap-senyap dan menjadi isteri kedua seorang usahawan berstatus VIP pada awal bulan ini di Perlis.Pelakon berusia 26 tahun itu berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana pada waktu tersebut dia sedang berada di lokasi penggambaran sebuah drama. "Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. "Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku," jelasnya ketika dihubungi mStar Online. Terdahulu, pada Disember tahun lalu mStar Online pernah melaporkan pengakuan aktres itu menjalin hubungan dengan VIP tersebut yang sudah dikenalinya hampir dua tahun lalu menerusi jaringan perniagaan.Difahamkan juga, Fida menyembunyikan hubungan mereka kerana enggan menimbulkan kekecohan memandangkan VIP itu sudah berkahwin. Ditanya adakah dia cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, bekas kekasih kepada pelawak Mamat (Sepah) ini menganggapnya sebagai salah faham. "Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. "Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini. Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan," katanya. Beralih kepada perkembangan kerjaya, impiannya untuk bergelar penyanyi akhirnya menjadi kenyataan apabila Fida mengesahkan bakal muncul dengan lagu single pertama berjudul Apo Kono Eh Jang yang pernah dipopularkan Ally Noor dan Mastura pada tahun 1980-an "Lagu itu digubah semula dengan susunan baru yang sesuai dengan muzik semasa. Ia dijangka keluar pada hujung April atau selewat-lewatnya awal Mei depan. "Menariknya, saya akan berduet dengan kumpulan Stellar Band dan diterbitkan oleh Sheikh Qalam," katanya yang bakal terlibat dalam telefilem Nasib Si Pemandu Limousin. mStar Posted by Desperado on 7:34 AM. Filed under HIBURAN, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
You are subscribed to email updates from Fida Ibrahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan