Kilafairy - Google Blog Search |
Rohana Jalil Bertekak Dengan <b>Kilafairy</b> | Puteri Kasih Posted: 23 Apr 2012 08:23 PM PDT Rohana Jalil Bertekak Dengan Kilafairy | Rohana Jalil dikatakan sering bertekak dengan pelakon dan penyanyi Kilafairy kerana kurang senang dengan sikap sambil lewa anaknya itu terhadap bidang seni. Menurut Rohana, Kilafairy yang berusia 18 tahun itu masih mentah dan ada masanya dia akan cepat bosan dengan apa yang dilakukannya. Menurut Rohana lagi, mereka bertekak bukan dengan niat bergaduh sebaliknya lebih kepada nasihat kerana anaknya masih muda dan perlukan seseorang sepertinya yang tahu mengenai selok-belok dunia hiburan. Sebagai seorang ibu, dia tidak mahu anaknya hanyut dengan glamor sehingga terlepas peluang atau melakukan sesuatu yang akan menyusahkan diri sendiri kemudian hari Malah dia sebenarnya mahu Kilafairy memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier nyanyian tetapi minat anaknya itu lebih terhadap dunia lakonan. Kilafairy kini lebih berhati-hati dalam pemilihan watak kerana sering diberi peranan 'gedik' yang kurang sesuai dengan usianya yang masih muda. Lakonan merupakan minatnya dan sebagai ibu, Rohana tetap menyokong tetapi dia mengharapkan anaknya akan bersungguh-sungguh dalam apa yang dilakukan. Seorang ibu pastinya ingin melihat anaknya berjaya dalam setiap kerjaya yang diceburinya kan. GD Star Rating GD Star Rating |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan