Nuffnang

Selasa, 24 April 2012

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


Secretaries&#39; Week with <b>Ning Baizura</b> « Azizil Sedek

Posted: 23 Apr 2012 11:05 PM PDT

<b>Ning Baizura</b> Balas Dendam Selepas 2 Tahun

Posted: 23 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2012: Sudah dua tahun penyanyi yang mula popular dengan lagu Pasti dan Curiga, Ning Baizura Hamzah, 37 tidak tampil dalam persembahan sempena meraikan Minggu Setiausaha.

Namun pada 19 dan 20 Apri lalu, kelibat Ning Baizura sekali lagi dihargai dalam dua lokasi berbeza bagi menghiburkan ratusan setiausaha yang datang dari pelbagai bangsa dan juga agama.

Portal murai.com.my yang telah diundang ke persembahan Minggu Setiausaha Ning Baizura di Hotel Federal, di sini Jumaat lalu agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada peminat penyanyi soul itu yang nyata masih hangat seperti beberapa tahun lalu.

Malah ada diantara peminat yang telah menitiskan air mata apabila figura sinonim itu mendendangkan salah satu lagu popularnya, DugaanKu dan tak ketinggalan juga berebut-rebut untuk merakamkan potret peribadi bersamanya.

Hampir 400 peminat yang menghadiri persembahan Ning Baizura di hotel berkenaan tampak ceria dan bersungguh-sungguh menghayati setiap dendangan lagu popular penyanyi berkenaan malah ada yang tidak mahu melepaskan genggaman bersama penyanyi kulit sawo matang itu.

Apa yang lebih mengujakan lagi, apabila Ning Baizura cukup bijak mengawal penonton dan suasana acara meskipun terdapat beberapa kecacatan kecil pada persembahan selama sejam itu seperti gangguan teknikal dan ruang persembahan yang agak sempit.

Persembahan yang sepatutnya menjadi medan untuk Ning Baizura menunjukan belang menyanyikan lagu-lagu milik Diva, Whitney Houston telah terganggu dek gangguan teknikal. Sebaliknya sebagai peluang untuk peminat menghilangkan kerinduan bersama penyanyi Beribu Sesalan itu.

"Walaupun ada kesilapan teknikal, tapi saya tidak rasa ianya telah mencacatkan persembahan saya petang ini kerana inilah kebiasan yang kita sebagai penyanyi akan alami apabila mengadakan persembahan seperti ini. Ianya sudah biasa buat saya.

"Tapi saya rasa cukup teruja apabila persembahan saya di Hotel Federal tahun ini telah mendapat sambutan cukup menggalakan daripada peminat.

"Malah, ketika pihak hotel memanggil saya untuk menyertai persembahan ini, saya dikhabarkan tiket telahpun terjual dan sebab itulah saya sangat teruja untuk bertemu peminat di sini," katanya dalam nada ceria.

Dintanya mengapa dia berhenti seketika daripada membuat persembahan Minggu Setiausaha sepanjang dua tahun lalu, jelas Ning Baizura semua itu bersandarkan rezeki apatah lagi keadaan ekonomi negara tidak begitu menggalakan sepanjang tempoh berkenaan.

Kerana alasan itu juga, permintaan untuk dia mengadakan persembahan Minggu Setiausaha juga tidak sehebat sebagaimana tahun 2008 apabila namanya silir berganti memeriahkan setiap ruang hotel atau restoran mewah di ibu negara.

Selepas sibuk dengan Minggu Setiausaha, Ning Baizura bakal tampil dengan beberapa persembahan bersama band muzik di Hard Rock Hotel Pulau Pinang dan Hard Rock Café Kuala Lumpur serta tidak ketinggalan persembahan susulan di Restoran Alexis, Jalan Ampang pada Jun ini.

"Saya rasa bersyukur, selepas 19 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, nama saya masih diterima ramai.

"Inilah detik yang cukup istimewa buat saya kerana sekali lagi saya telah diberi penghormatan membuat persembahan di atas pentas,"katanya teruja dan bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan