Nuffnang

Selasa, 29 Mei 2012

aizat amdan - Google Blog Search

aizat amdan - Google Blog Search


LAGENDA BUDAK FELDA: <b>Aizat Amdan</b> & Mia Sara : Pulang

Posted: 28 May 2012 08:32 AM PDT

"awak jangan laju-laju..hujan lebat ni.."
Aizat Amdan mula membebel-bebel kepada Mia Sara yang sedang memecut laju.Papan halaju meter sudah mencecah 150km/j." rileks la..kata nak cepat sampai..awak duduk diam-diam ya..lalalala.." Mia seperti biasa tidak menghiraukan nasihat Aizat dalam bab halaju ini.Volume muzik dikuatkan seiring dengan kelajuan kereta.Lagu Najwa Latif berkumandang diikuti dengan nyayian Mia Sara.
"pakai seatbelt tu..safety and security first.." bebel Aizat lagi..
"gosh...yelah..pakailah ni..ok baik encik JPJ..boleh kita mulakan perjalanan semula?" Mia memerli Aizat dengan memberikan tabik hormat dan terus memecut laju dari pemberhentian mengisi minyak sebentar tadi.Macam mana tak risau,kalau lelaki boleh diterima akal lagi,ini perempuan bawak laju-laju mengalahkan scene evelusi KL drift 2 pulak.Aizat hanya tersenyum.Ia bab stering dan binatang beroda empat empat dia memang kalah,mahu masuk gear reverse pergi tekan gera 5.Break dikatanya clutch dan clutch dikatakannya pula break.
"awak..tengok ni..senang je..ini clucth..so saya akan tekan clutch ni lama-lama.." vrooomm..vroooomm..bunyi gampang mula terhasil.Mak cik yang berhenti dipersimpangan trafic light mula memaki hamun seorang diri.Mungkin juga mak cik itu mengatakan tunggu kau...tunggu..mentang-mentang aku bawak motor beli sayur.Mungkin itu yang dibebelkan oleh mak cik tadi." awak..cepat jalan..orang dah pandang semacam je ni.." vrooooooooooooooooommmmmm.
                                    ****************************************
"hehehe..sorry awak..parking senget..papa saya cakap..biar parking senget asalkan jangan menyusahkan orang time nak keluar nanti.." hehehe.Mungkin ini kelemahan Mia Sara.Aizat yang melihat garisan kuning dikotak parking sambil menggaru-garu kepala.." awak tak silap lah Mia..diorang ni ha...tak geti buat garisan parking..lets jom..." Aizat cuba mengambil hati Mia.Jika Aizat Amdan berkata yang bukan-bukan mungkin sahaja tae guk * istilah taekwando singgah di tulang belakangnya.Pernah sekali Mia menendang bontot Aizat dari belakang namun cepat-cepat Mia Sara minta maaf.
"awak..kata nak beli gitar..mana kedainya...? aha kedai crocs ada tak? "
" ada...sabar ya..nanti kita masuk..nak tak? "
" tak naklah..saya suka survey survey dulu..hehehe..nanti baru buat serangan.."
Besar juga tempat yang dilalui mereka berdua,tempat baru.Pekerja-pekerja kontrak pun masih sibuk menyiapkan pembinaan yang tinggal beberapa bahagian lagi.Iya Mia sangat mencintai haiwan dan menyukai haiwan..kecuali dua benda sahaja.Katak dan Belon.Oh belon itu bukan binatang tetapi Mia tetap takut.Entah.Waktu kecil dia suka bercakap dengan haiwan-hiawan seorang diri,dan apabila terjumpa kedai petshop lantas menarik tangan Aizat Amdan menuju masuk ke dalam.
"tauke..gorilla ada jual tak?" Aizat cuba membuat lawak hambar dengan bertanyakan soalan bangang kepada tauke kedai.Iya dan satu cubitan semut api hinggap dilengan."awak jangan nak ngade-ngade..gorilla tu pet ke?" Mia meninggikan sedikit suara."lah abis tarzan tu rileks je bela gorilla" Aizat cuba mebuat lawak hambar sekali lagi untuk mengembalikan susanan tegang kepada normal.Prinsip Aizat Amdan satu sahaja,api yang marak jangan disimbah dengan minyak,sebaliknya diletakkan dengan air.
Mia sangat teruja,wajahnya berseri-seri melihat haiwan-haiwan yang comel-comel."wooff..wooofff.." Awak..jangan jadi ayah anjing boleh tak? dia nak tidur tu kan.." Aizat Amdan hanya tersenyum dan berlalu pergi dari tempat kurungan ajning serigala.
                                      *************************************
"nah ini untuk awak..dan yang ini untuk saya.." Mia meletakkan set makanan diatas meja.Tersenyum dia bila Aizat mula menjamah makanan tanpa bismillah.Iya dan sekali lagi.." paaaapppp." .tangan aizat ditepis.."baca bismillah tu dulu.kan dah kena mongek.."
"kan kentang tu dah masin..yang awak letak garam tu lagi kenapa? " Mia bertanya sambil mulutnya mengunyah kentang goreng.." inikan sunnah.." Aizat menjawab ala-ala Azhar Idrus agar kelihatan ohsem didepan Mia.." oh i see..tak tahu plak.." Mia hanya tersenyum..tidak lama selepas itu.
"Uhukkk..weeekkk..masinnyer.." Aizat menjelirkan lidah sambil menyedut air pepsi..reaksi Aizat itu membuatkan Mia dengan spontan berkata.." hai tadi kata sunnah.." dan terus mengunyah double cheese sambil tersenyum melihat telatah Aizat yang kemalu-maluan.
Mereka menghabiskan sedutan yang terakhir dan terus dari tempat membeli belah itu."nanti kita pergi lagi ya" Aizat berkata kecil." tak payah nak pergi sangatlah..dah jom saya hantar awak balik..."
                                   ******************************************
"Dah saya nak gerak ni..jaga diri baik-baik.." Aizat menghulurkan tangan lalu disambut Mia Sara perlahan.." ok..dah sampai bagitahu..jangan gatal-gatal..hehehe"
Pesawat Boeing A707 berlepas dan terukir senyuman dibibir Mia Sara sambil melambai-lambai ke arah pesawat yang dinaiki Aizat Amdan ke Glasgow Scotland itu.
                                  END

Tiada ulasan:

Catat Ulasan