Nuffnang

Ahad, 6 Mei 2012

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


<b>Fahrin Ahmad</b> Nafi Kahwin Tahun Ini

Posted: 04 May 2012 07:18 PM PDT

KUALA LUMPUR – Dalam kegembiraan industri hiburan menerima khabar gembira tentang penyatuan hati antara Scha Al Yahya dan Awal Ashaari, pelakon lelaki lain, Fahrin Ahmad menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

Bagi Fahrin, cakap-cakap orang mengenai dia mahu berkahwin adalah tidak benar meski pun dia sebenarnya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, dia sendiri sudah lali dengan tohamahan dan cerita yang dibuat oleh orang ramai mengenai dirinya dan menerima keadaan itu adalah lumrah kehidupan apabila bergelar seorang selebriti.

"Selagi belum ada sebarang pengesahan daripada mulut saya maka apa yang diperkatakan itu tidak benar," kata Fahrin seperti dalam laporan mStar Online.

Gosip mengatakan aktor kacak ini bakal berkahwin tahun ini juga timbul setelah ada beberapa pihak mengatakan dia sedang hangat bercinta dengan seorang gadis bernama Zetty Adila, anak saudara kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa (Datuk K).

Sebelum ini, Fahrin pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon cantik Scha Al Yahya yang kini sudah pun sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki Awal Ashaari.

Tetapi, hubungan mereka kecundang di tengah jalan dalam usia percintaan mereka yang masih lagi baru.

Ketika ditanya tentang pernikahan antara Scha dan Awal yang baru sahaja berlangsung, Fahrin hanya mampu mendoakan kebahagian buat bekas kekasihnya itu dan tidak mahu melihat kembali perkara yang sudah lama berlaku.

"Apa yang sudah berlaku saya tak mahu menoleh kebelakang lagi dan buat Scha dan Awal semoga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan