Faizal Tahir - Google Blog Search |
Posted: 01 May 2012 12:08 AM PDT Seperti semua sedia maklum, tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan Hari Buruh atau Hari Pekerja bagi meraikan pekerja-pekerja di Malaysia khususnya. Sempena sambutan kali ini, portal murai.com.my membawakan lima selebriti untuk menyelami jenis pekerjaan yang mereka mahu ceburi seandainya mereka tidak bergelar artis atau selebriti. Jom ikuti kerjaya idaman Faizal Tahir, Jimmy Shanley, Andy Flop Poppy, Ning Baizura dan Danny X-Factor. Jimmy Shanley (Pengacara dan pelakon) "Sebenarnya sebelum bergelar pengacara dan ceburi bidang hiburan ini, saya memang sudah menguruskan perniagaan keluarga. "Cuma hasrat saya untuk bergelar ahli perniagaan dalam bidang korporat belum kesampaian kerana saya terlalu sibuk dengan bidang pengacaraan dalam hiburan ketika itu. "Namun, sekarang walaupun saya sudah bergelar pelakon, tetapi hasrat untuk bergelar ahli korporat masih ada dan saya sedang menyambung pengajian di peringkat Master dalam jurusan Master of Business Administration." Ning Baizura (Penyanyi) "Terus-terang, cita-cita saya sejak kecil adalah untuk menjadi guru seperti ibu saya. "Saya dipengaruhi oleh ibu saya yang ketika itu menjadi guru di sebuah sekolah. Tambahan pula waktu itu saya memang suka mengajar orang lain. "Namun, selepas meningkat dewasa saya lebih cenderung ke bidang nyanyian dan sehingga kini terus menjadi penyanyi." Faizal Tahir (Penyanyi) "Sewaktu kecil lagi saya memang bercita-cita nak jadi pemain bola sepak kerana saya memang minat sangat main bola. "Masa sekolah juga saya aktif bersukan dan menyertai perlawanan bola dan pernah berangan untuk menjadi pemain bola untuk Liverpool. "Kelakar apabila diimbau kembali angan-angan saya itu kerana kini saya sudah bergelar penyanyi dan saya jatuh cinta dengan kerjaya sekarang." Andy Flop Poppy (Penyanyi) "Sebenarnya, sebelum saya bergelar penyanyi, saya berniat untuk menyambung pengajian dalam jurusan penerbangan untuk membolehkan saya untuk menjadi pilot atau juru terbang. "Namun hasrat saya tidak kesampaian kerana selepas mengambil ujian pertama, mata saya disahkan rosak teruk kerana rabun. "Disebabkan tidak dapat meneruskan kerjaya dalam bidang penerbangan saya ceburi dalam bidang muzik kerana minat juga. "Walaubagaimanapun, saya gembira dengan bidang nyanyian yang saya ceburi sekarang kerana secara tidak langsung saya dapat menguruskan masa saya sendiri" Danny X-Factor (Penyanyi dan pelakon) "Jika tidak bergelar artis, saya rasa mungkin saya sudah bergelar doktor gigi sekarang. "Mana tidaknya sepatutnya semasa saya mula menyertai kumpulan X-Factor saya sepatutnya perlu menyambung pengajian saya dalam bidang kedoktoran di Pakistan. "Namun hasrat tidak kesampaian kerana saya sudah terikat dengan X-Factor masa itu dan saya dan ahli kumpulan yang lain baru sahaja sedang meningkat naik. "Bagi saya kerjaya sebagai doktor gigi sangat murni kerana gigi adalah aset manusia paling besar tetapi saya akur dan gembira dengan kerjaya yang saya pilih sekarang." Sumber: http://www.murai.com.my |
You are subscribed to email updates from Faizal Tahir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan