Nuffnang

Khamis, 31 Mei 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


<b>Fizo Omar</b> Tak Boleh Ambil Anak Angkat? | MyNewsHub

Posted: 28 May 2012 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR – Niat murni pelakon lelaki, Wan Hafizol Wan Omar, 27, atau Fizo Omar untuk mengambil seorang angkat tidak dibenarkan oleh ibunya.

Fizo yang sememangnya gemar kepada kanak-kanak berkata, keinginan untuk membela anak angkat dikhuatiri oleh ibunya jika dia tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan baik.

Malah, ibunya risau sekiranya kasih sayang Fizo kepada anak angkat berubah selepas berumah tangga atau memiliki anak sendiri nanti.

"Saya pernah terfikir untuk mengambil anak angkat, tetapi ibu pula tidak benarkan.

"Dia risau sekiranya saya tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai bapa angkat apabila memiliki keluarga sendiri kelak. Maklumlah, nak jaga anak angkat bukannya mudah," kata Fizo yang dipetik dari mStar Online.

Walaupun niatnya untuk mengambil anak angkat dihalang ibunya, Fizo tidak pernah memutuskan kasih sayang dan kesukaannya kepada kanak-kanak.

Justeru itu, dia semakin sayangkan anak-anak buahnya dan sanggup meluangkan masanya yang sibuk kepada anak-anak buah.

"Saya seorang yang sangat manjakan kanak-kanak, kerana bagi saya mereka adalah tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan tekanan.

"Jadi, anak-anak kakak sayalah yang menjadi tempat untuk saya bermanja dengan mereka. Macam-macam kami lakukan apabila bersama seperti bermain, mandi dan tidur bersama, rasa seronok," katanya.

Beberapa artis lain juga sekarang ini mengambil anak angkat sebagai penyeri hidup mereka seperti Almy Nadia dan Stacy.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan