Nuffnang

Isnin, 21 Mei 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Saya Sudah Tawar Hati Dengan <b>Fizz Fairuz</b> – Almy Nadia |

Posted: 20 May 2012 10:08 PM PDT

Abang Nara dah kata dah. Kalau bercinta jangan lama sangat. Masuk meminang cepat-cepat. Mungkin kerana sudah terlalu lambat, Almy Nadia sudah pun tawar hati dengan Fizz Fairuz. Semalam di BiPop, Almy Nadia membongkarkan betapa jiwanya merana dan kecewa sepanjang bercinta dengan Fizz Fairuz.

fizz fairuz

Untuk makluman, Fizz Fairuz sudah pun membuka mulut kepada media awal tahun ini tentang perancangannya untuk melamar Almy Nadia. Namun untuk pengetahuan anda, Fizz Fairuz tidak pernah memberitahu kepada Almy Nadia tentang perkara tersebut secara face to face. Kata Almy:-

Sana sini orang asyik memperkatakan tentang soal perkahwinan saya dan Fizz, sedangkan saya sendiri tidak tahu sejauh mana kejujuran Fizz. Fizz tidak melamar saya, tidak pernah membuka mulut soal perkahwinan. Dia hanya memberikan kenyataan kepada pihak media. Hubungan kami juga boleh diumpamakan seperti retak menanti belah sejak dua tahu kebelakangan ini. Saya terlalu kecewa, sudah kering air mata apabila terlalu banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa dilalui. Tapi, lama kelamaan saya terfikir kenapa saya nak terus menangis dan meratap sedangkan Fizz tidak pernah menghargainya.

Tambah menyedihkan apabila Almy membuka cerita yang Fizz lupa hari jadinya dan tidak menjemputnya ke ABPBH. Serius sedih.

Kami tidak lagi bercakap melalui telfon, jika ada hal penting, saya hanya berbicara melalu WhatsApp. Nombor BBM Fizz pun saya tiada. Jadi adakah ini yang dinamakan cinta? Selama tiga bulan merajuk, Fizz langsung tidak mempedulikan saya, jauh sekali nak menjenguk saya di kampung. Saya juga terasa hati, saya tidak langsung dipelawanya ke majlis ABPBH. Saya teringin nak pergi kerana sudah lama tidak menghadirkan diri ke majlis anugerah, tapi Fizz mahu pergi bersama rakan dan keluarganya saja. Saya mengalah. Tapi, paling buat saya kecil hati, Fizz langsung tidak mengingati hari jadi saya. Bukan nak hadiah besar pun, cukup sekadar mengingati dan mengucapkan selamat hari jadi. Itupun Fizz sudah lupa, jadi apa harapan saya?

fizz almy
Sedih gila kan? Bagi Abang Nara, nampak macam Fizz tak nak kat Almy Nadia langsung. Tambah sedih apabila Fizz hanya menghubungi Almy selepas beberapa hari dia memenangi ABPBH.

Dia cakap pada wartawan, saya adalah orang kedua yang selepas ibunya iaitu insan yang dihubungi Fizz diumumkan menang dalam ABPBH pada malam 8 April lalu. Saya nak gelak mendengarnya, hakikatnya dia menghubungi saya beberapa hari selepas kemenangan itu.

almy

Tak sangka begini rupanya keadaan percintaan Fizz Fairuz dan Almy Nadia. Abang Nara nasihatkan supaya Almy lupakanlah sahaja Fizz. Ramai lagi lelaki di luar sana yang boleh membahagiakan anda. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Fakta &#39;Makan Diri&#39;, <b>Fizz Fairuz</b> Letak Telefon Ditanya Isu Almy Nadia <b>...</b>

Posted: 20 May 2012 08:12 PM PDT

PELAKON Fiz Fairuz mengambil pendekatan meletakkan telefon sebelum berkata no comment ketika diajukan persoalan keretakan hubungannya dengan Almy Nadia.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 32, yang dihubungi mStar Online di sini Ahad, seolah-olah terkejut dengan kenyataan 'makan diri' sebelum ini yang pernah mendakwa dia mahu meminang kekasihnya itu.

"Saya tak nak komen apa-apa. Harap faham," katanya ringkas lalu menamatkan panggilan telefon serta-merta.

Tidak sampai dua minggu sejak Fizz Fairuz meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Almy Nadia, aktres itu pula tampil dengan kenyataan mengejut bahawa hubungan mereka kini di ambang keretakan.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Berita Minggu pada Ahad, Almy berkata hubungan mereka boleh diibaratkan seperti retak menanti belah kerana mereka tidak lagi mesra sejak dua tahun kebelakangan ini dan dia tidak lagi diendahkan oleh aktor itu.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, juga dilaporkan sebagai berkata, aktor itu sekadar bercakap tanpa berfikir panjang.

Dia turut menyifatkan ia sebagai gurauan semata-mata mengenai hasrat untuk berkahwin kerana hubungan mereka kini berada di ambang perpisahan.

Almy dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 9 Mei lalu, mengakui sangat terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya itu berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.

Bagaimanapun, aktres berusia 26 tahun itu tidak dapat memberi sebarang reaksi kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai hasrat Fizz.

Dalam pada itu, Almy yang dihubungi pula tidak mahu memberikan sebarang kenyataan.

"Tak nak komen… Saya tak nak komen apa-apa, boleh tak? Minta maaf sangat-sangat," jawab Almy.

Terdahulu, Fizz dilaporkan portal Rotikaya.com pada 8 Mei bahawa dia sudah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini.

Katanya, perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali daripada mengerjakan umrah pada Jun depan sebelum mereka menetapkan tarikh pernikahan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan