Fizz Fairuz - Google Blog Search |
Ibu <b>Fizz Fairuz</b> Terkejut Dengan Almy Nadia Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Jangan Tak Lihat Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Yunos Photography KUALA LUMPUR, 24 MEI 2012: Kisah keretakan hubungan cinta antara pasangan selebiriti Fizz Fairuz dan Almy Nadia asyik diperkatakan. Semuanya gara-gara selepas Almy Nadia membuat satu kenyataan mengaku bahawa hubungan mereka kini sudah semakin renggang dan tiada lagi hala tuju yang pasti. Namun bagi pihak Fizz Fairuz sendiri sehingga kini masih mahu berkeras untuk tidak mahu memberikan apa-apa komen atau ulasan mengenai luahan kekasihnya itu. Walaubagaimanapun ketika berpeluang bertemu ibu kepada Fizz Fairuz iaitu Norhaizan Jantan, 65, di majlis makan malam Sambutan Hari Ibu bersama Rafflesia The Pearl Centre di Hotel Royal, malam semalam akui agak terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Almy itu. "Saya ada terbaca mengenai kenyataan Almy dan akui rasa terkejut apabila Almy memberi penjelasan sebegitu. "Namun saya tidak boleh berkata apa kerana selama ini, saya tidak pernah mencampuri urusan mereka berdua dan hanya mengetahui baru-baru ini sahaja selepas Almy memberi kenyataan," kata Ibu Fizz Fairuz yang seperti tidak mahu mengulas lanjut. Ditanya bagaimana hubungannnya dengan Almy, ibu Fizz bagaimanapun hanya memberitahu dia dan Almy sudah dua tahun tidak berhubung, apatah lagi bertanya khabar. "Almy sudah dua tahun tidak menghubungi saya dan keluarga. Jauh sekali untuk datang mengunjungi saya di kampung," luahnya yang akan mendoakan yang terbaik untuk anaknya ketika mengerjakan Umrah kelak pada 1 Jun ini. Dalam pada itu, Fizz yang hadir bersama ibunya seperti tidak mahu mengulas lanjut sebaliknya lebih berdolak dalih apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Almy. "Pada saya sebenarnya memang tak ada apa-apa yang hendak diulaskan. "Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik. "Semalam saya baru saja main badminton dengan dia. Demi Allah, tiada apa-apa," katanya yang tidak mahu mengulas lanjut. Fizz dan Almy sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun yang lalu. Namun hubungan mereka seolah-olah dingin sejak akhir-akhir ini kerana tidak lagi dilihat menghadiri mana-mana majlis hiburan bersama. |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan