Izreen Azminda - Google Blog Search |
Video: <b>Izreen Azminda</b> Komen Gossip Kisah Silam Tunang - RotiKaya Posted: 02 Jan 2012 08:07 AM PST Orang selalu berkata, jika niat kita itu baik untuk melakukan sesuatu perkara yang baik, pasti akan ada dugaan yang mendatang. Bagi Izreen Azminda, aktress yang semakin mencipta nama menerusi drama hebat seperti Juvana dan Tentang Dhia, niat baik beliau tidak terkecuali. Beberapa hari sebelum majlis pertunangan Izreen Azminda dengan Muhamad Riza, ada khabar angin mengatakan yang si lelaki mempunyai masa silam yang kurang manis untuk di'dengar. Namun, pertunangan mereka sudah pun selamat berlangsung di Alor Setar, Kedah dan sebelum Izreen Azminda bertolak pulang ke'sana untuk persiapan, kami berjaya dapatkan komen ringkas beliau tentang gossip yang menimpa si tunang, Muhamad Riza. Dalam laporan media lain, Muhamad Riza sendiri sudah menafikan yang beliau pernah mempunyai anak luar nikah atau gugurkan kandungan teman wanita — beliau juga bersedia untuk menjalani ujian darah jika perlu. Tahniah buat Izreen Azminda & Muhamad Riza di'atas pertunangan kalian berdua. Kami berharap perkahwinan yang di'rancang akan menjadi kenyataan dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin. |
You are subscribed to email updates from Izreen Azminda - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan