Nuffnang

Ahad, 27 Mei 2012

najwa latif - Google Blog Search

najwa latif - Google Blog Search


<b>Najwa Latif</b> nafi persenda wartawan

Posted: 25 May 2012 05:41 AM PDT

Assalamualaikum,


Penyanyi remaja sensasi Youtube, Najwa Latif sebelum ini pernah menjelaskan lagu terbarunya, 'Kosong' tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa terkejut apabila membaca laporan terbaru yang mengatakan single terbarunya itu ditujukan khas buat pihak media.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.
Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak, sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya kepada mStar.

Sementara itu, kakak kepada Najwa, Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan, saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja,"jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi.
"Dia tetap fokus pada pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini," kata Syafiqah.

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan