Nuffnang

Rabu, 2 Mei 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Enggan Kahwin Kerana Nafsu

Posted: 30 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2012: Sudah hampir 33 tahun penyanyi lelaki terkenal negara, Jamal Abdillah menjadi pujaan ramai. Vokal yang dimilikinya sentiasa malar segar walaupun kerap hadir dengan lagu-lagu baru yang seiring dengan selera pendengar zaman sekarang.

Jamal Abdillah atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Haji Ali,53, terus mewarnai persona industri muzik tempatan dengan penyertaannya dalam pelbagai acara hiburan mahupun formal yang masih menjemputnya bagi mempersembahkan vokal gemersik miliknya itu.

Pada tanggal 6 Mei ini, Jamal sekali lagi akan beraksi dalam sebuah persembahan bagi menghargai kaum ibu bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Persembahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) anjuran MSiS Events & Services akan bermula pada jam 8 malam.

Acara ini juga akan dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza dan Ifa Raziah. Selain menyanyi, Ifa yang kini terkenal sebagai pelakon akan menjadi pengacara majlis pada malam tersebut.

Bercakap mengenai hal peribadi, Jamal yang sudah lebih 5 tahun menduda bersama dua orang cahaya mata iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani ini khabarnya sedang dilanda kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita berpangkat datin.

Menerusi laporan akhbar Kosmo Ahad, Jamal menyatakan dia sememang mempunyai ramai kenalan daripada kalangan mereka yang digelar datin. Pun begitu, ianya cuma sekadar kenalan saja dan tiada sebarang perancangan untuk menamatkan zaman dudanya dengan wanita yang dimaksudkan itu.

"Saya lebih selesa hidup solo buat masa ini. Bohong kalau saya kata tiada perasaan hendak bercinta lagi. Kalau ada (teman wanita) sekarang, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa," akui Jamal yang selama ini tidak pernah menyembunyikan cerita peribadinya daripada pengetahuan peminat.

"Kalau hendak mencari teman wanita dan berkahwin sekarang semata mahu memenuhi keperluan semata-mata, itu makna perkahwinan berlandaskan nafsu. Dalam soal ini, saya belum ada getaran untuk mencintai orang lain sepenuh hati dan mendirikan rumah tangga semula tambahan pula sibuk dengan karier," terang Jamal dalam nada suara cukup matang usai mengharungi tiga episod kehancuran mahligai perkahwinannya.

<b>JAMAL ABDILLAH</b> SELESA MENDUDA

Posted: 30 Apr 2012 07:36 PM PDT

Jamal Abdillah Selesa Hidup Menduda?? Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Haji Ali, 53, penyanyi terkenal di Malaysia yang sudahpun berada dalam industri nyanyian hampir 33 tahun menyatakan beliau lebih selesa hidup menduda setelah beberapa kali gagal dalam hidup berumah tangga.

Dalam kenyataan Jamal Abdillah yang dipetik dari laman Murai, Jamal berkata walaupun beliau masih ada keinginan untuk bercinta lagi (Berkahwin), namun buat masa ini beliau lebih selesa hidup menduda. Jamal Abdillah yang sudah hampir 5 tahun menduda mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

Bercakap mengenai gosip yang mengaitkan Jamal Abdillah dengan seorang wanita berpangkat datin, beliau menjawab hubungannya dengan wanita yang dimaksudkan hanyalah kenalan dan tiada niat untuk berkahwin. Lagipun Jamal memberitahu di sememangnya mempunyai ramai kenalan berpangkat datin.

"Saya lebih selesa hidup solo buat masa ini. Bohong kalau saya kata tiada perasaan hendak bercinta lagi. Kalau ada (teman wanita) sekarang, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa," akui Jamal yang selama ini tidak pernah menyembunyikan cerita peribadinya daripada pengetahuan peminat.

"Kalau hendak mencari teman wanita dan berkahwin sekarang semata mahu memenuhi keperluan semata-mata, itu makna perkahwinan berlandaskan nafsu. Dalam soal ini, saya belum ada getaran untuk mencintai orang lain sepenuh hati dan mendirikan rumah tangga semula tambahan pula sibuk dengan karier,"

Jamal Abdillah rasa bersyukur kerana rezekinya dalam bidang nyanyian tidak putus-putus dengan undangan persembanhan dari pelbagai pihak.Terbaru, Jamal akan membuat persembahan di sebuah Majlis sempena Hari Ibu di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) anjuran MSiS Events & Services pada tanggal 6 Mei 2012. Kita Doakan yang terbaik untuk Jamal Abdillah dan semoga karyanya terus diminati oleh masyarakat hari ini. -Jamal Abdillah Selesa Hidup Menduda

Advertistment

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Jamal Abdillah Selesa Hidup Menduda, 10.0 out of 10 based on 1 rating

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan